Today is my last day, actualy just came for the farewell ceremony this evening. Had to given few words and I purposely not prepared with what I want to said so that I can said from the bottom of my heart.
I really feels lucky to be honoured in such way, compared to few of others. And syukran alhamdullillah, God heard what I always prayed for.
Below are my resign letter which I supposed had express my heartfelt.
En. Nazilan Hj Mohd Nawi
Pengurus Besar
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Saifuddin Shah Sowkkatali
Pengurus Kanan
Jabatan Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar & Sekuriti
Zulkhairi Abdul Rahman
Juruteknik
Jabatan Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar & Sekuriti
16 Disember 2008
Perkara: SURAT BERHENTI DARI PERKHIDMATAN
Tuan,
Merujuk kepada perkara diatas, saya dengan ini memaklumkan hasrat saya untuk berhenti dari perkhidmatan sebagai kakitangan Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd.
Keputusan ini diambil setelah saya memikirkan dengan sedalam-dalamnya dan semasak-masaknya, kerana saya sedar bahawa PETRONAS telah banyak mendidik saya, membentuk saya dan sebagai rakyat Malaysia saya masih sayangkan PETRONAS.
Setelah 15 tahun 10 bulan berkhidmat dengan PETRONAS, kini saya rasa adalah masa yang sesuai untuk saya melakukan perubahan dalam karier saya atau penghijrahan dalam kehidupan saya sebagai ketua keluarga, sebagai warga Malaysia dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Untuk pengetahuan tuan, saya amat berbangga dan bersyukur dapat berkhidmat untuk PETRONAS. Sepanjang perkhidmatan saya, saya merasa sangat bertuah dapat menjadi sebahagian daripada warga PETRONAS, dimana ribuan lagi rakyat Malaysia bercita-cita untuk menjadi kakitangannya. Terbukti PETRONAS telah memberikan kehidupan yang baik untuk kakitangannya, malah juga dapat memperbaiki ekonomi masyarakat sekelilingnya.
Namun, masanya telah tiba untuk saya mencuba nasib ditempat baru dan memberikan satu lagi peluang kepada rakyat Malaysia yang lain untuk bersama PETRONAS. Sesungguhnya segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba diPETRONAS akan menjadi pedoman saya ditempat baru saya iaitu syarikat RASGAS Co Ltd, Qatar.
Saya akan berhijrah ke Qatar untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baru dan lain dari yang telah saya lalui bersama PETRONAS. Saya lebih suka untuk mengambil pendekatan Hijrah kerana ia sangat dituntut oleh Islam, untuk membuat perubahan kepada yang lebih baik lagi.
Doa dan harapan saya akan tetap bersama PETRONAS dan kakitangannya walaupun setelah saya meninggalkannya, dan begitu juga yang saya harapkan dari Tuan supaya mendoakan kejayaan saya kelak. Saya juga berharap kita akan terus berhubung demi kebaikan kedua-dua pihak. Sesungguhnya pengalaman di PETRONAS adalah suatu perkara yang paling berharga yang tidak dapat dibeli dan tidak akan dapat dicari ditempat lain.
Terima Kasih kerana bantuan dan sokongan Tuan selama saya berkhidmat dibawah seliaan Tuan.
Terima Kasih PETRONAS
Yang Ikhlas.
ZULKHAIRI BIN ABDUL RAHMAN
No comments:
Post a Comment