Monday, February 23, 2009

SHE Group Family Day Out

SHE(safety,health,environment) Group Family Day Out was recently held at Intercontinental Hotel beach, on 21st February. It was attended more than 100 families and the crowd was really huge and happening. There were few activities for parents and kids and not to forgot the bachelors, including me.











I did not won any games and raffle prize either, but it was time for me to get to know with SHE group member and suit myself into the community. By that time, I was really miss my family, after went back to Al Mansoura, I skype with them for 2 hours.

video
video
video

Thursday, February 19, 2009

Hummer Limousine











Pergi Kerja dan Cuaca di Qatar

Acik selalu tanya macamana aku kat sini, asyik gambar je, cerita le sikit....

Sebenarnya tiap2 hari aku gi kerja naik bas, pukul 5.30 dah keluar rumah, jauh perjalanan lebih kurang 90km. Biasanya 1jam lebih sikit tapi kalau kabus atau sandstorm yang terjadi akibat perubahan cuaca maka perjalanan akan ambil masa yang lebih la... sandstorm ni terjadi apabila angin kencang membawa debu padang pasir mengakibatkan kabus pasir halus menyelubungi persekitaran dan menghadkan penglihatan.
Akibatnya banyak la terjadi kemalangan dijalanraya... maka pada fikiran aku, itulah sebabnya orang Arab memakai serban supaya dapat menghindarkan habuk dari memasuki mata dan pancaindera yang lainnya.

Waktu kerja kat sini bermula seawal jam 7 pagi hingga ke 3 petang. Tetapi bagi kedai dan sesetengah pejabat jam bekerja bermula pada 9pg hingga 12tgh, rehat dan sambung semula jam 4ptg hingga 10mlm.

Mari Memasak

Dah kena tinggal sendiri ni kena le belajar memasak, maka terserlah lah skill memasak masing2....

En Hashim dah rindu nak makan masak asam pedas, aku rindu masak lemak cili api.

So kitorang plan le, lepas balik kerja gi ke LuLu Hypermarket beli barang2 keperluan.

Pastu kitorang pun masak le beramai2. Ni lah hasilnya...




Amacam ada talent tak... videoactually masak lemak cili api tapi macam masak pindang le pulak.... hehehe

Wednesday, February 4, 2009

Jalan2 tengok kereta

For Sale

Mitsubishi Evolution X - QR187,000
Mitsubishi Eclipse - QR132,000
or maybe Nissan 350Z - QR168,000 aje





videodah puas tengok kete.... gi tengok unta plak.... cuba dengar camna bunyi unta mengawan... hehehe

Monday, February 2, 2009

Pengalaman dan Cabaran

Bismillah HirRahman NirRahim


Alhamdulillah aku telah berada di Qatar hampir sebulan dan apa yang dapat aku kongsikan di dalam blog ini memang kebanyakannya indah dan menarik semuanya kerana ini adalah pengalaman pertama aku hidup di negara orang.


Apa yang korang dapat lihat dalam pos2 yang terdahulu dan gambar2 yang aku serta kan memanglah yang menarik semuanya, dan tidak semestinya semua nya mesti menarik dan indah dimata. Ada juga cabaran yang kebanyakan orang expatriate seperti aku akan melaluinya. Tujuan aku menulis ini bukanlah untuk mendedahkan keburukan mana2 pihak atau keburukan Qatar itu sendiri tetapi lebih kepada rekod atau diari aku sendiri supaya menjadi pengajaran kepada diri sendiri dan mendedahkan situasi sebenar di Qatar ini. Kata orang “tak kenal maka tak cinta”.


Qatar tediri daripada berbilang kaum kerana rakyat Qatar hanya di anggarkan 350,000 orang dari keseluruhan 1.5 juta penduduk. Dan bilangan pelbagai kerakyatan/nationalities di Qatar ini dianggarkan terdiri dari 50 warganegara yang berlainan. Dari jumlah itu kita boleh membayangkan keadaan disini.

Rakyat India pula adalah penduduk atau expatiate yang paling ramai disini. Mereka telah lama berada disini sejak sebelum Qatar dimajukan lagi. Kalau kita dapat memahami budaya penduduk asing ini, maka lebih mudah untuk kita memahami cabaran yang akan kita lalui.


Apa yang dapat aku perhatikan selama sebulan disini, cabaran yang paling utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah masalah komunikasi dan pergaulan. Kalau korang setuju, boleh dikatakan rakyat Malaysia memang “pemalu” dan sopan santun. Ini berbeza dengan dua bangsa utama disini iaitu Arab dan India, rakyat Arab yang degil dan megah dengan bangsa mereka dan rakyat India pula dengan “belit”nya dan berlumba2 untuk “naik”. (Maaf kalau ada rakan2 India atau mungkin Arab yang membaca ni, tapi kita harus akui kelemahan diri sendiri supaya kita boleh memperbaikinya, termasuk aku juga).


Untuk bersaing, bak kata orang duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa2 lain disini, maka kita/aku harus buang rasa malu dan rendah diri yang melampau itu. Kita harus mempunyai keyakinan dalam diri, bahawa kita juga sama berkeupayaan seperti mereka. Malah boleh dikatakan rakyat Malaysia mempunyai keupayaan/abilities yang baik juga. (terima kasih PETRONAS)


Aku bernasib baik kerana apabila aku sampai disini, ramai kawan2 Malaysia telah berada disini, dan banyak cerita pengalaman yang dikongsi bersama. Dan aku cuba membayangkan bagaimana cabaran kawan2 yang terdahulu dan mereka kebanyakannya sendirian semasa itu pastilah cabaran nya lebih hebat lagi. Tetapi kebanyakan mereka survive dan itu membuatkan mereka lebih kuat sahsiahnya. Dan aku merasakan bahawa itu lebih baik jika kita mahu memperbaiki kelemahan diri ini.


Satu lagi cabaran utama ialah komunikasi. Rakyat Malaysia yang pemalu ini (aku) perlu memperbaiki bahasa English untuk memudahkan kerja dan kehidupan harian. Apa yang aku lalui ialah apabila aku bergaul dengan orang2 Malaysia terutama dihujung minggu, aku tidak mempraktikkan bahasa English. Akibatnya aku lemah berkomunikasi pada hari Ahad iaitu hari pertama bekerja. Tetapi setelah sepanjang minggu berkomunikasi, English aku lebih baik pada hari Khamis. Tetapi menjadi lemah semula, kaku, “jam” (no idea) pada hari Ahad. Begitulah kita di Malaysia, walaupun kita telah belajar English dari darjah satu sampai Tingkatan 5, ( 11 tahun tu…) kita masih lagi tidak dapat menguasai English dengan baik kerana kita tidak mempraktikkannya.


Keadaan di Qatar ini, kalau nak dikatakan English nya hancur juga… kerana kebanyakan penduduknya bukan English literate or “mother tongue”, lebih2 lagi bagi golongan pekerja bawahan. Ada orang Eropah pernah berkata bahawa English nya hancur kerana datang kesini. Disini orang berkomunikasi lebih kepada untuk memudahkan faham kepada maksud dan objektif.


Itulah yang dapat aku kongsikan disini. Kalau kita dapat mengakui kelemahan kita, kita tahu apa yang perlu kita buat, apa langkah kita seterusnya, dan aku berharap aku dapat mengambil pengajaran darinya, InsyaAllah….


Sehingga bertemu lagi.


Good Luck and MasSalamah….

Twin Mansoura dan Makan Cara Arab











Once again thanks to Hj Rosli for your hospitality and guide around Doha