Wednesday, March 6, 2013

Pengembaraan di Tanah Suci

Alhamdulillah tahun ini kami berkelana lagi ke Tanah suci mengerjakan umrah dan ziarah ketempat tempat bersejarah di Saudi Arabia.

Awal perjalanan kami agak tertunda kerana tidak mendapat surat kelulusan membawa kenderaan keluar dari Qatar dari pihak bank Al Khaliji. Namun setelah dua hari mendesak akhirnya pada 13/2/2013 kami dapat surat tersebut dan terus ke border untuk berkelana. Kami bertawakkal kepada Allah sahaja kerana kami hanya sekeluarga sahaja, dan asalnya kami nak jalan siang tapi oleh kerana masalah tersebut terpaksa kami berjalan malam, sebab dah booking hotel dan off day yang tersia-sia.

Tapi Alhamdulillah urusan di border lancar, tak sampai satu jam selesai di dua-dua buah negara. Bertolak dari border beberapa minit sebelum maghrib dan kami berniat untuk menjama'kan solat ta'khir maghrib dan isya'.

Kali ini perjalanan terasa cepat dan sebelum tengah malam kami dah sampai Riyadh, berhenti di Riyadh sebentar je untuk solat dan kami teruskan perjalanan. Makan pun dalam kereta je, sebab Isteri dah siap kan bekal kebab shawarma. Anak-anak tidur di kebanyakan perjalanan kerana dah seharian didalam kereta. Total perjalanan dari border Qatar ke Thaif lebih kurang 12jam. Laju jugak ... hehehe, purata aku agak mungkin 150km/jam .. namun setinggi tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua, lebih kurang lagi 2 jam sebelum thaif aku di tahan polis di sekatan jalan raya, aku dikenal pasti telah memandu dengan laju... senyum ajalah dengan polis tu, memang kita salah, tak guna merayu ... padan muka aku ...

Sejurus sebelum subuh kami pun sampai di Thaif, Miqat Qarnul Manazil dan sempat solat berjemaah dahulu sebelum mandi sunat Ihram dan berniat Ihram.

Alhamdulillah, selesai Umrah sebelum Zohor dan selepas zohor kami check in di hotel. Hotel kami tinggal agak jauh dari Masjidil Haram (2km), namanya Mobarak Plaza 2, dekat area Misfalah. Tapi murah, dua malam SR 250 je, 4 katil lagi. Patutlah dengan kedudukannya dan ketiadaan parking yang menyebabkan kereta kami kena towing ... huhu , di hari ketiga balik dari solat subuh tengok2 kenderaan dah tak ada ... memang kereta tu parking tepi jalan, tapi bila tanya pemandu bas hotel tu dia kata tak da masalah, jadi kami pun parking je lah ... memang tak da masalah 2 hari parking tapi masuk hari ketiga dah di angkutnya. Aku pun terpaksalah menyetelkan dengan bertanya kepada "prebet sapu" supaya bawak ketempat parking yard untuk kereta tarik ... Alhamdulillah jumpa dan selesai masalah setengah jam kemudian setelah bayar wang parking SR50.

Ibadah kami Alhamdulillah lancar tiada masalah besar tetapi agak crowded kerana kerja kerja menambah besarkan kawasan masjidil haram. Aku masih lagi belum berpeluang mencium hajarul aswad belum ada rezeki kerana aku tak mahu berebut rebut bertolak tolak ...

Pada hari ketiga checkout dari Mekah dan terus ke Jeddah. Arrangement hotel dah buat, tapi sekali tengok tarikh booking ialah 17/3/2013 so awal sehari awal le aku sampai di Jeddah ... mmm, apa lagi kena le sewa semalam lagi, jadi dua malam di Jeddah. Malam tu keluar jalan cari makan dan akhir nya makan angin je sebab dah penat ... malam tu jalan jalan di cornice dan shopping mall apa ntah, besar jugak dekat dengan air pancut tertinggi didunia. Tapi masa kami dating tu kawasan melihat air pancut tu tengah renovate. so ambik gambar dari jauh je ...

Hari besok nya jalan jalan lagi di cornice dari hujung kehujung dan cari masjid terapung. Malam nya kami makan di retoran Pattaya , masakan Thai tapi pekerja Filipina, sedap dan murah ... kami melantak banyak malam tu ... "Mara Kuwais" maksudnya "sangat bagus". Hotel kami di Jeddah ialah Ahla Awqati Apartment, 2 bilik tidur dan satu dapur satu ruang tamu. Perkhidmatan Wi-Fi nya sangat bagus.

Jeddah Bandar yang besar dan barang barang nya murah. Jadi aku pun beli laptop Acer V5, SR1999 je dengan bag laptop Targus SR75 ... Alhamdulillah puas hati ...

18/3/2013 bertolak pula ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Highway nye besar dan luas, kali ni pemanduan berhemah, tak bawak laju 140-160 km/j je ... tu lah standard kelajuan di highway di Saudi ni walaupun tertulis di papantanda 120km/j had limit kelajuan tetapi kerana semua kenderaan nya laju laju dan jalan nya luas dan lurus, tempat nya jauh jauh ...

Cerita tentang corak pemanduan di Saudi ni agak menarik kerana pemanduan ala ala selfish dan kamikaze dan rata rata mereka tak sayang kereta, banyak yang kemek sana sini ... Kalau memandu di Saudi kena berhati hati dan mahir baru boleh selamat ... aku pun nyaris melanggar bontot kereta orang , kena sikit kot ... tapi Alhamdulillah tiada kesan ...

Di Madinah kami menyewa di Otair tower, dua malam dapat SR350 , dua bilik tidur sangat besar, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. Dari tanda tanda aku lihat bilik tu kalau waktu musim haji akan jadi 6 orang sebilik. Jarak agak jauh juga lebih kurang 2km dari Masjid Nabawiy, hala pergi aku bawak kereta dan parking di public parking berdekatan masjid. Madinah suasana nya sentiasa tenang walaupun di kala itu banyak pembinaan sedang di jalan kan. Kami berkesempatan melawat Masjid Quba, Bukit Uhud sampai ke kaki bukit nya , dan keesokkannya kami melawat medan perang khandak atau dipanggil kawasan 7 masjid (walaupun sebenarnya 6 masjid aje) ramai muttawa' ada disitu untuk menerang kan kepada orang ramai bahawa tiada kelebihan nya tempat itu , supaya tiada amalan dan unsur unsur khurafat terjadi di situ. Kemudian kami ke kilang percetanakan Al-Quran, tapi sebab ramai orang kami tak masuk, kemudian kami ke Masjid Qiblatain. Kali pertama aku kesitu dan Alhamdulillah dapat juga bergambar kenangan dan bersolat disana.

Hari yang ke 7 kami ke Riyadh. Perjalanan agak jauh juga lebih kurang 8 jam. pukul 12 malam sampai di Riyadh kemudian check in di Drr Rahmah Apartment. Apartment nya cantik dan selesa. SR350 semalam. kami duduk 2 malam. Selama di Riyadh kami jalan jalan ke Wadi Hanifa, King Abdul Aziz Historical Centre, Al Masmak Fort (tutup waktu kami dating, cuma amik gambar je) ...

Yang menariknya di Riyadh ialah national museum dalam King Abdul Aziz Historical Center yang terdiri daripada kombinasi beberapa buah muzium  ... di luar nya ada taman dan sungai buatan. http://www.arriyadh.com/Eng/ADA/Left/DevProj/getdocument.aspx?f=/Eng/ADA/Left/DevProj/KAHCE5.doc_cvt.htm#_National_Museum

Akhir kembara aku di Tanah Saudi aku singgah di Ras Tanura berdekatan Dammam untuk menziarahi 2 ornag sahabat iaitu Megat dan Nasir. Tempat nya menarik bertepian dengan pantai dan komuniti nya rapi dan tersusun bersih. Terasa macam di Desaru Beach Resort lah pulak ... Aku singgah makan dan ku teruskan perjalanan pulang malam tu jugak dan sampai rumah jam 12 malam.

Alhamdulillah Allah telah melindungi kami sepanjang perjalanan dan InsyaAllah harapan aku semoga dapat lagi berkembara tahun depan. Amin....

tepi laut merah di jeddah

masjid terapung jeddah

masjid quba'

sampai kaki bukit uhud tempat di mana tumpahnya darah Rasulullah SAW.

di kaki bukit uhud


kingdom tower

al masmak fort

in front of king abdul aziz historical center

king abdul aziz castle

kelihatan di belakang ialah Fountain King Abdul Aziz, the tallest  in the world

Rumah Hj Nasir, style US

Ras Tanura beach, betul betul dalam komuniti

di tepi pantai Ras Tanura

berada dirumah Hj Nasir, bersama Hj Megat dan Isteri masing masing. semoga kekal persahabatan kita
 Gambaran penuh di sini https://plus.google.com/photos/115362073468517460665/albums/5848922043444283105?authkey=CL2t0rPh2aLQtgE

No comments: