Wednesday, March 6, 2013

Family Day Malaysian Al Khor 2013

Alhamdulillah sekali lagi kami di perantauan ni dapat mengadakan Hari Keluarga. Kali ni diadakan di tanggal 2/3/2013. Walaupun cuaca sudah tak berapa dingin namun kami tetap enjoy.

Kali ni aku dapat rasakan ukhuwah antara kami semakin erat dan itulah yang selalu dikenang kenang oleh orang yang telah meninggalkan komuniti ini. Sesiapa saja yang pernah merasai nya pasti akan terkenang. Bagi aku inilah komuniti yang paling baik pernah aku tinggal didalamnya. "Malaysian Al Khor". Jumlah kami dalam anggaran sekitar 150 keluarga kalau dicongak secara kasar, kali dengan 4, adalah 600orang. Itupun tak semua aktif tapi ramai lah juga yang aktifnya, itu sebab nya yang membuatkan kita tak terasa terpinggir. Banyak sekali aktiviti yang berjalan sepanjang tahun sepanjang aku berada disini, dan kali ini Family Day.

Deq Chah yang riang ... ada ada aje lah anak bongsu I ni ..

Suasana di khemah peserta..

meriah lah jugak ...


ibu ibu menyusun anak anak untuk acara seterusnya ..

Mr Hisham (naib pengerusi MAK) dan Ambassador Datuk Ahmad Jazri

Pasukan Rumah Oren untuk acara sepak raga bulat

Rumah Hijau untuk acara sepak raga bulat

rumah perpel tapi ada sorang rumah kuning wat nyebok ...

As usual, the loving couple of the year ..

pasukan rumah kuning


anak I yg no 2 ni memang suka acara gini ...

acara "baju raya untuk ayah" ... ayah tak nak masuk, tapi anak yang paksa

acara "jantung hati ku"..

acara yg di tunggu tunggu, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah,
pemenang mendapat penginapan percuma sepanjang tahun di Qatar..

Acara terompah panjang ... ada skil pun tak boleh menang ... cehhh
Persiapan dah bermula dua minggu sebelum event dan ramai AJK yang terlibat secara sukarela. Alhamdulillah amat positif sekali. Tiba hari event  seawal pagi dah ramai yang datang terutama para AJK yang komited sekali. Untuk menceritakan event tu banyak sangat, so boleh rujuk gambar gambar web...

https://plus.google.com/photos/115362073468517460665/albums/5852370243208858161

Alhamdulillah, janji semua happy .... go!

No comments: