Bismillah dengan nama Allah aku akan teruskan kerja kerja amal, membantu menjalankan aktiviti untuk persatuan Malaysian Al Khor dan Malaysian in Qatar.
Kerana kerja ini adalah fardhu khifayah yang mana mesti ada sekumpulan orang melakukannya, walaupun bukan berkaitan mati dan solat sahaja tetapi menyatukan ukhuwah dan merapatkan silaturahim adalah juga di tuntut agama dan mencontohi sunnah Rasulullah SAW.
Pada pendapat aku, kalau lah setiap komuniti masyarakat kita, samada di kampung kampung, taman taman perumahan, daerah daerah berkerjasama mewujudkan aktiviti kemasyarakatan ini seperti Hari Keluarga, Program untuk Anak2, kelas kelas Usrah, pertandingan bolasepak dan sebagainya, pasti kita dapat menghindarkan perpecahan dan anasir anasir perpecahan yang kian melanda masyarakat kita waktu ini. Tak kira lah samada berbeza pandangan politik ke, berbeza agama ke, berbeza pakaian ke yang penting kita merapatkan hubungan sesama manusia.
Buanglah yang keruh ambil lah yang jernih, usah dikira kan latar belakang orang lain kerana belum tentu dia mati sebagai kafir dan juga kita pun belum tentu mati dalam iman. Oleh itu berusaha lah kita selagi kita hidup, jangan sampai Allah datang kan dugaan untuk menguji hambanya baru kita nak sedar.
Dalam melakukan kerja amal ini, kita kena ikhlas, dan konsisten, kita kena lakukan sekadar kemampuan kita kerana kita ada juga tanggungjawab yang lain. Jangan abaikan tanggungjawab yang lain kerana kelak nanti kita akan terbeban pula dengan masalah yang lain.
Allah telah mengurniakan kita akal fikiran untuk kita gunakan untuk merancang, kalau tak di gunakan nanti tumpul pula akal kita. Kerja amal memerlukan kita berkerja berkumpulan, jadi perlu untuk kita manjadi pendengar yang baik, halusi setiap pandangan dan pendapat rakan rakan kita. Laksanakan secara berhemah supaya setiap perkara dapat mencapai objektifnya walaupun bukan sepertimana yang kita kehendaki. Mungkin Allah telah jadikan sesuatu itu ada hikmah nya kepada semua orang bukan individu tertentu sahaja.
Dalam masyarakat memang akan ada berbeza pendapat, akan ada puak puak tertentu yang cenderung kepada sesuatu yang tertentu. Itu adalah lazim kehidupan. Jangan jadikanya halangan, jangan jadikan ia dinding pemisah, sebaliknya carilah jalan supaya objektif yang lebih besar akan tercapai. "Trivial Many Vital Few" istilah dari kursus kualiti kerja kumpulan (QWG) ...
Syaitan akan sentiasa membisikkan kepada manusia supaya bergaduh sesama sendiri. Terimalah hakikat bahawa kita hidup dalam kepelbagaian. Jangan kita bermasam muka kerana perkara yang kecil dan remeh. Atasilah dengan memberi salam, kalau tak mampu juga ... senyumlah , semoga Allah memberikan kita jalan keluar kepada sesuatu masalah ... insyaAllah.
Ini adalah luahan kerana sekarang ni aku gembira Allah memberi aku peluang untuk berbakti, dan aku harap akan lebih ramai lagi orang akan prihatin dan bersama menyumbang masa dan tenaga serta harta untuk kerja kerja kemasyarakatan ini. Alhamdulillah.
p/s; ... dan dikala ini aku teringat program transtel tv sebuah channel germany yang ada game komuniti, Telematch; cukup popular satu waktu dulu sekitar tahun 70an atau 80an. Alangkah baiknya kalau ada stesen tv yang dapat buat macam tu di Malaysia, pasti aku orang pertama nk join ...

1 comment:
saya dah lamer mintak kerja kat saner tapi takder rezeki saya untuk dapat kerja kat saner.
Post a Comment