KEISTIMEWAAN DAN KEKURANGAN BEKERJA DI LUAR NEGARA
Assalamualaikum,
Ahlan Wasahlan,
Minggu lepas seorang sahabat lama dari Malaysia datang melawat Qatar, bukan untuk bekerja tapi melawat bapa saudara beliau. Jadi ada kesempatan beliau bertemu rakan-rakan lama yang lain yang dahulu sama bekerja di PPMSB. Beliau seorang yang baik dan lurus, baik akhlak dan baik budi dan baik ugamanya. Bagi saya beliau adalah seorang contoh muslim yang baik, kerana hanya menumpukan kepada kerja dan keluarga. Alhamdulillah hampir 20 tahun beliau berkhidmat dengan Petronas, kerjaya beliau pun bertambah bagus dari jawatan juruteknik dah naik jadi Penyelia.
Semasa beliau bersama kami, cerita tentang tempat kerja lama dan tentang sahabat-sahabat lama menjadi topic utama. Selain dari itu beliau begitu berminat ingin tahu bagaimana keadaan kami disini, kerana sebelum ini beliau hanya mendengar cerita dari kawan-kawan sahaja. Tetapi beliau tak berhajat lagi untuk bersama kami disini “melombong” hasil dari bumi Arab ni, kerana beliau dah selesa dengan kedudukannya di kampong halaman. Alhamdulillah.
Lalu di satu ketika beliau bertanya secara personaly dengan saya apa pendapat saya, jadi saya simpulkan kepadanya 3 perkara;
1. Berhijrah kerana niat. Jika kita berhijrah kerana nak cari duit maka kita tidak akan puas kerana semakin kaya semakin nak lagi dan semakin tak cukup. Jadi jika niat berhijrah nak berubah menjadi orang yang lebih baik adalah lebih bermakna. Ini lah peluang untuk berubah. Kalau dulu tak ke masjid sekarang dah kerap kemasjid. Kalau dulu selalu keluar malam mencari hiburan, kini tidak lagi, kalau dulu selalu membazirkan duit kini tak lagi.
Oleh itu kehidupan agak membosankan bagi yang sukakan hiburan. Suasana juga agak tenang dan sunyi ibarat hidup dikampung (kerana tempat kami agak jauh dari Bandar).
2. Suasana persekitaran yang kondusif untuk keluarga dan anak-anak. Kawasan perumahan kami ibarat duduk dalam kem, dilengkapi berbagai kemudahan dan berpagar. Lengkap tanpa banyak anasir jahat yang mempengaruhi kehidupan. Tak ada kelab malam dangdut karaoke dan kedai menjual arak. Alhamdulillah nagara Islam untuk orang Islam.
3. Berada dalam lingkungan masyarakat yang baik. Oleh kerana jauh dari keluarga maka sahabat kita lah yang akan membantu jika dalam kesusahan maka jaringan persaudaraan antara kami, ukhuwah antara kami harus di bajai dan di tingkatkan supaya kita menjadi pelindung antara satu sama lain. Alhamdulillah Malaysian Al Khor satu komuniti masyarakat yang sangat baik.
Disini juga kami hidup dengan tenang kerana tak banyak bil yang nak dibayar, tiada cukai.
Kekurangan kami ialah, kami tidak dapat merasai nikmat kehidupan tropika dimana adanya sungai sungai, hutan, air terjun, buah-buahan sayuran dan dan bermacam macam lagi.
Pernah juga dahulu seorang sahabat bertanya mengenai pakej gaji saya secara detail dan membuat perbandingan, katanya secara amnya tidak jauh beza dengan eksekutif pertengahan di Petronas. Maka jawab saya , ya betul tetapi kelebihan kami ialah kami dapat melihat , merasakan hidup “the other side of the world”. Dapat pula membuat ibadah haji dan umrah saban tahun.
Dan bagi saya hidup di luar Negara terbahagi kepada 3 peringkat;
1. 5 tahun pertama, kerja bayar hutang di Malaysia.
2. 5 tahun berikutnya, kerja cari harta.
3. 5 tahun berikutnya, kerja untuk persiapan pencen.
Oleh itu untuk mereka yang mampunyai cita cita untuk mencari rezeki di timur tengah pastikan anda tahu segala maklumat sebelum berhijrah supaya kamu tidak menyusahkan diri sendiri.
Maasalamah

Hj. Ariff, saya, Hj. Rambo, Rohizan dan Hj. Hashim |