Thursday, December 9, 2010

Seumpama batu yang bergolek menuruni bukit

Qatar akan menganjurkan World Cup 2022, dan bermula sekarang Qatar akan merencanakan pembangunan infrastructur dan sosial. Dalam ramai2 rakyat Qatar yang gembira menyambut kemenangan hak penganjuran, ada juga yang kurang berminat. Ada yang risau akan datangnya budaya negatif dalam masyarakat Qatar seperti minum arak dan pergaulan bebas, mendedahkan aurat dn sebagainya yang begitu kontras dengan budaya masyarakat Arab Qatar.

Dari sudut positif, penganjuran World Cup ini dapat menjadi batu loncatan untuk Qatar menjadi negara maju dan membangun, seperti Dubai. Menjadi wakil negara Arab dan Islam pertama menganjurkan World Cup. Membuka hijab negara Arab yang sebelum ini bersembunyi di sebalik budaya konservatif. Juga sebagai bunga keamanan di daerah yang bergolak, bersempadan dengan Iran dan Iraq, dan dekat dengan Israel, membuka jalinan persahabatan dunia dan negara Arab ... semua ini pasti telah di lihat dan di nilai oleh pemerintah Qatar yang mementing ilmu untuk rakyatnya.

Namun disebalik kegembiraan itu terdapat cabaran yang amat besar, bukan sahaja untuk pemerintah Qatar, namun juga untuk rakyat Qatar dan penghuni sementara negara Qatar ini. Pemerintah bertanggungjawab untuk memandu proses pembangunan. Pekerja2 asing akan lebih ramai lagi yang akan masuk ke Qatar ... harapnya tidak akan terdapat isu penghambaan zaman moden lagi.

Sekarang terpulang untuk rakyat Qatar untuk mencorakkan negara mereka, samada mereka mahu negara mereka terbuka kepada budaya asing atau tertutup kepada budaya negatif tetapi tetap maju ...

Sebagaimana kata Saudara Abdullah Zaik, cabaran budaya negatif itu akan tetap datang seumpama batu yang datang bergolek menuruni bukit, cuma sekarang terpulang kepada umat islam sendiri menahan dari unsur unsur negatif itu ....

No comments: