Wednesday, December 15, 2010

Daulat Tuanku ...

Sebagai rakyat Malaysia yang bertata susila, kami rakyat Malaysia di Qatar, mendapat peluang bertemu dan menghadap kebawah DYMM YDP Agong Malaysia yang ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Sultanah Nur Zahirah. Baginda tuanku datang ke Qatar sebagai membalas kunjungan hormat Emir Qatar ke tanahair pada Mei lepas.

Inilah peluang bagi kami, yang jarang sekali dapat oleh rakyat Malaysia, menghadap dan bersalaman bersama Baginda Tuanku, pasti lah ianya menjadi kenangan indah dalam hidup masing2. Alhamdulillah Baginda begitu berjiwa Rakyat kerana sanggup meluangkan masa bersama kami disini, walaupun jadual lawatan yang agak ketat, sanggup berdiri lama bersalaman dengan kami.

Pada awal paginya baginda mengunjungi Ras Laffan Industrial City bersama Emir dan pembesar negara yang lain untuk menyambut kejayaan mengeluarkan 77 metric ton setahun LNG dan dengan benchmark tersebut Qatar menjadi pengeluar LNG terbesar dunia di waktu ini....

Seterusnya pada hari rabu ini, tuanku akan bermain Golf bersama rakyat Malaysia dan jemputan VVIP yang lain. Sekali lagi rakyat Malaysia yang terpilih akan besama Tuanku.

Baginda akan mmengakhiri lawatan dan pulang ke Malaysia pada 16hb Disember. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuanku dan mengucapkan semoga tuanku panjang umur. Kami sayang tuanku berdua ... Daulat Tuanku ...

Di akhir majlis baginda menghadiahkan setiap tetamu dengan cenderahati ...






No comments: