Kami suka jalan jalan waktu petang sambil makan angin dan bermain.
Kampung kami tak lah semeriah mana tapi kami suka kampung kami.
Kami akan keluar bejalan selepas minum petang.
Kampung kami tak lah semeriah mana tapi kami suka kampung kami.
Kami akan keluar bejalan selepas minum petang.
Kadang kadang kami akan ke taman pemainan dan kadang kadang kami akan bersama kawan kawan yang lain bermain sukan. Tak kira apa sukan pun kami tetap enjoy.
Disini tidak seperti di kampung asal kami, kami hidup dengan apa yang kami ada. Kami perlu bersyukur dengan apa yang kami ada dan tidak mengharapkan lebih dari itu. Memang keperluan kami disini mencukupi tetapi jika dibandingkan dengan di kampung halaman, kami kekurangan banyak benda. Di kampung asal kami terdapat beraneka kepelbagaian, dari makanan dan minuman sehingga ke pakaian dan peralatan. Ditambah pula kampung asal kami terdapat pokok yang menghijau dan hujan mencurah selalu.
Disini kami perlu banyak bersabar. Disini kami tidak mengejar masa seperti di bandar besar. Waktu seolah berlalu perlahan disini. Jika kita tidak pandai menyesuaikan keadaan, kita akan berasa bosan. Kadangkala kebosanan itu mengajar kita erti kehidupan. Dan bagi kami itu lebih baik dari kelam kabut keduniaan.