Saat ini aku dah pun berhenti dari RasGas, dan lagi beberapa minggu akan pulang ke Malaysia.
Perasaan sedikit bercampur baur, gembira sedih ragu ragu kerana kita tak tahu samada kita telah buat keputusan yang baik. Aku dah pun mula bekerja di tempat baru, tak jauh dari Qatar juga, bumi yang banyak sejarah, tanah Mesopotamia, bumi antara dua sungai Euphrates dan Tigris. Petronas Carigali Iraq BV.
Alhamdulillah, semoga Allah melindungi aku dari kesesatan, kerana memilih tempat baru ni seumpama berhijrah juga, berhijrah dari kehidupan yang selesa kepada kehidupan baru yang kita tak tahu bagaimana.
Aku berharap aku tak kembali kepada kehidupan lama yang alpa dan leka. Ya Allah lindungi lah aku dan keluargaku.
Qatar dan Al Khor akan ku tinggalkan, banyak kenangan manis disini, ramai kawan kawan baik baik yang akan kutinggalkan. Terlalu banyak kenangan selama 5 tahun bersama. Banyak budi kawan kawan yang telah aku nikmati. Tak terbalas aku. Semampunya akan aku cuba membalasnya. Sebolehnya aku tidak mahu ada kawan kawan yang terasa sakit hati dengan tindakan aku, samada yang telah lepas atau yang akan datang, sesekali tiada niat aku mahu menyakiti hati sesiapa sahaja.
Bila ditanya tentang pengalaman pahit di Qatar, rasanya kebanyakannya di tempat kerja, berurusan dengan orang yang kurang pendidikan dan mentaliti rendah. Pada aku, aku tak berdendam, cuma aku kesian kerana kebodohan mereka, mungkin kerana kebodohan mereka akan membuat kerja yang salah dan mungkin merugikan diri mereka sendiri. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.
Namun hidup harus diteruskan jua, Alhamdulillah kini masa aku untuk berkhidmat kepada kedua ibu-bapa ku, dengan jadual kerja sebulan kerja, sebulan off ada di Malaysia, insyaAllah inilah peluang untuk aku bersama mereka. Namun Qatar akan tetap menjadi kenangan manis aku sekeluarga ... illalliqaq ...

No comments:
Post a Comment