Saturday, March 17, 2012

Week Update KAFA n MQFL

Bulan mac 2012, menyaksikan satu pertandingan bolasepak iaitu Liga Malaysia di Qatar (Malaysian Qatar Football League). Ini adalah tahun kedua penganjuran dengan penyertaan dari pasukan2 dari seluruh wilayah di Qatar dan juga pasukan dari Embassy.

Pasukan2 yang mengambil bahagian ialah:
1. MyQP (Mesaeid)
2. West Bay (Doha)
3. Agogo FC (Doha)
4. Zone 66 (Doha)
5. Al Khorox (Al Khor)
6. Al Khorex (Al Khor)
7. RasGas Maintenance FC (Al Khor n Doha)
8. Smokin Dukes (Dukhan)

Persaingan hebat dalam semangat kesukanan yang tinggi di harap dapat mengeratkan lagi silaturrahim rakyat Malaysia di Qatar ini ...

p/s; hambe main gok, untuk pasukan Al Khorex ... menang sekali tu ... bangga







Komuniti Malaysian Al Khor dengan inisiatif dari ibu-bapa yang perihatin, sudah menjangkau 3 tahun mengadakan Kelas Fardhu Ain dan Al Quran untuk anak2 dari berbagai peringkat umur. Tenaga pengajar terdiri dari sukarelawan yang tidak di bayar gaji. Sukatan mata pelajaran adalah mengikut buku Islamic Foundation DarusSalam Publication. Dana untuk menjalankan kelas ini juga dari kutipan dan derma.
Lihat lah wajah anak2 ini, jelas terpancar keriangan... Alhamdulillah

No comments: