Saturday, March 17, 2012

Week Update KAFA n MQFL

Bulan mac 2012, menyaksikan satu pertandingan bolasepak iaitu Liga Malaysia di Qatar (Malaysian Qatar Football League). Ini adalah tahun kedua penganjuran dengan penyertaan dari pasukan2 dari seluruh wilayah di Qatar dan juga pasukan dari Embassy.

Pasukan2 yang mengambil bahagian ialah:
1. MyQP (Mesaeid)
2. West Bay (Doha)
3. Agogo FC (Doha)
4. Zone 66 (Doha)
5. Al Khorox (Al Khor)
6. Al Khorex (Al Khor)
7. RasGas Maintenance FC (Al Khor n Doha)
8. Smokin Dukes (Dukhan)

Persaingan hebat dalam semangat kesukanan yang tinggi di harap dapat mengeratkan lagi silaturrahim rakyat Malaysia di Qatar ini ...

p/s; hambe main gok, untuk pasukan Al Khorex ... menang sekali tu ... bangga







Komuniti Malaysian Al Khor dengan inisiatif dari ibu-bapa yang perihatin, sudah menjangkau 3 tahun mengadakan Kelas Fardhu Ain dan Al Quran untuk anak2 dari berbagai peringkat umur. Tenaga pengajar terdiri dari sukarelawan yang tidak di bayar gaji. Sukatan mata pelajaran adalah mengikut buku Islamic Foundation DarusSalam Publication. Dana untuk menjalankan kelas ini juga dari kutipan dan derma.
Lihat lah wajah anak2 ini, jelas terpancar keriangan... Alhamdulillah

Saturday, March 10, 2012

2012 update …
  1. Masuk tahun ke tiga berada di Qatar. Alhamdulillah, rahmat Allah masih hangat terasa …
  2. Kehilangan Nenek tersayang, 4/3/2012 … sedih tetapi redho, kerana nenek dah lama sakit tua, sewaktu balik melawat mak, aku jumpa nenek dan aku cium dia berkali2, aku kata kt dia, nenek berehat lah tak payah banyak bergerak … memang dia dah duduk di katil aje, nk bergerak kemana2 harap kan orang angkat dia … 
  3. Nk bebaskan diri dari hutang tapi masih ada lagi yang tak settle walaupun yang besarnya dah settle…
  4. Kami pindah ke block D, lebih besar, lebih selesa tetapi bila sandstorm habuk pasir masuk berkilo2 kedalam rumah … preventive action, to install curtains at every window type A/C … tak tau le setakat mana effectiveness nya.
  5. DSLR dah tukau … D90 to D7k … semangat nk ambil gambar masih membara tetapi masa penghalang utama … foto banyak di upload di FB dan Flickr/zulkhairi/ …
  6. Isteri tersayang makin rancak berniaga … FB page … Da’Syamz Kitchen Al Khawr … lebih kepada memenuhi masa lapang dari buat duit kaw kaw (boleh la sikit2 buat belanja dapor) … kami seronok mendapat ramai kawan baru, dan memang Komuniti kami memerlukan penjual makanan citarasa Malaysia.
  7. Event2 sepanjang suku pertama tahun ni;
  8. 2012 SHE&Q Group Family Day … tahun ni tk menang lucky draw, tapi semua orang dapat Sony Micro HiFi … K’Lot menang iPad2 … Alhamdulillah, rezeki dia tahun ni …
  9. Visit to Al Dosari Park (menarik, Cuma yg tak menarik tandasnya) … aku dgn K’Lot buat children games, memang best … looking forward for other activities.
  10. Malaysian Football League … biasa ler dah veteren, kalah tu biasa … kalau menang tu luar biasa …
  11. Lain2, macam biasa picnic dgn kawan2, tapi sekarang bulan 3 tengah kuat angin dan sandstorm … dok rumah lebih baik ….
  12. Lain2 … macam biasa semoga hari ni lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini …