Monday, October 29, 2012

Eid Adha 2013 / 1433H

Eid Mubarak to All...

This year it happened in Friday 26th October. As usual we begin with Eid prayer at the school field. It is sunnah of the prophet to held the prayer in the open space. After that, everybody greet each other, hug each other and say Eid Mubarak. It is the symbol of thankful to God, symbol of Glory to Islam.
Eid Prayer on the open field ...

Pilgrim at Mekah now completing their journey of Hajj today by slaughtering animal and people around the world will do the same. This ritual is called korban. But in Qatar it is not allowed to do korban in open public area except at the designated places, slaughter houses handled by a company called Mowashi. This is because the government is very strict on the hygiene.

Today, we Malaysian in Al Khor Community have a special occasion. We organize an Eid Adha gathering at Kampung Melayu (Block C206/207/208). We were making sate, nasi lemak, soto and lot of other menu sponsor by individuals. Many people were coming and everybody were very happy get together.
Al Khor Hajj pilgrims before start their journey with the friends...

Situation where friends and neghbours sending the Hujjan..

Meanwhile our friend were still in Mekah completing their Hajj journey. They were Hj Marod/Hjh Zariha, Hj Zaini "Gmiez"/Hjh , Hj Azarudin/Hjh Ina, Hj Jamal/Hjh Sharifah, Hj Mopped/Hjh Syam, Hj Zamri/Hjh Azra, Hj Wan Kamal/Hjh , Hj Leo Zarin/Hjh Nanie , Hj Rudie/Hjh Ani, Hj Afandi/Hjh

This year Saudi govt reduce the qouta to 1500 and last minute they increase to 5000. All Malaysian pilgrim were confirm their "invitation" on the last minute.

Alhamdulillah, we were still priviledged here in Qatar.

And my respect as well to Qatar Emir, Shiekh Khalifa Hamad Al Thani, for promising to develope Gaza and Palestine. http://aje.me/SkvoE2

Tuesday, October 9, 2012

Tempat jatuh lagikan dikenang...

Bismillah... Alhamdulillah... cuti raya dah lama habis. Tapi kenangan akan tetap terpahat di hati.

Apabila dah duduk jauh dari keluarga ni, kalau sekali balik kampung sungguh bermakna sekali. Semua happy, Mak Ayah adik beradik anak buah sepupu atok nenek semua gembira menyambut kepulangan yang di nanti... dulu masa duduk kampung tak da perasaan macam ni... terasa sangat diri di hargai ... hehehe. Yg duduk kampung jangan marah, sebenarnya kamu pun di hargai tetapi dah tengok muka tiap2 hari tak terasa sangat...

Kali ni kami balik agak lama juga, hampir sebulan. jadi aku ambil peluang ni untuk merapatkan tali persaudaraan... yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan.... begitu juga anak2 ku, ini lah masa untuk kenalkan dengan keluarga kami yang besar.... seronok sungguh mereka, di layan oleh atok, nenek, mak sedara, pak sedara dan sepupu sepipit.

Cuti yang panjang ini juga kami gunakan untuk menikmati suasana kampung.

Tengok itik kat kebun Atok
Biasalah, bila balik kampung ni kita nak buat macam macam ... jadi rancanglah dengan teliti, budget dengan berhemah, insyaAllah akan dapat apa yang di hajati. Walaupun terkilan juga tak dapat nk pergi Krabi, tapi terubat juga dengan lawatan singkat ke Kota Singa.... Alhamdulillah.


Kuala Gandah Elephant Conservation Centre, Lanchang, Pahang.


Kota Singa

Famili Abdul Rahman at Pengkalan Balak

Wednesday, August 15, 2012

Antara Ramadhan Qatar dan Ramadhan Malaysia...

Tahun ni setelah berbincang, bermesyuarat dan berdiskusi ... maka dengan ini Majlis Raja Raja mengumumkan kami akan BALIK RAYA ... bermakna kami akan balik kampung pada hari raya ... ye pada hari raya iaitu mengikut perkiraan ahli falak akan jatuh pada tanggal 19hb Ogos 2012.... insyaAllah kami akan berpakaian raya lengkap menaiki kapal terbang ... insyaAllah kami akan berangkat jam 2 petang waktu qatar.

Antara sebab mengapa kami memilih hari raya ialah;
1. kami rasa kami perlu menumpukan kepada ramadhan di qatar yang mana peluang untuk beribadat dengan khusyuk lebih terbuka luas dengan suasana yang lebih terkawal. Di Qatar ni kalau di shopping2 tiada lagu lagu popular yang didendangkan sebaliknya ayat ayat suci al quran di mainkan di PA system nya. Kami rasa alangkah nikmatnya dapat beribadat dan mengambil peluang setahun sekali untuk membentuk diri kami supaya lebih bertakwa. Kalau di Malaysia dengan bazar ramadhannya, dengan TV nya, dengan radio radio nya, shopping2 nya ... pasti tergugat iman di buatnya ... kalau di Malaysia orang lebih tumpukan Raya dari Ramadhan ... alhamdulillah masjid di Qatar ni sungguh hebat sambutannya dengan bacaan ayat ayat suci alquran yang di baca oleh imam nya orang arab sampai menangis mereka di buatnya ... doa nya begitu menusuk hati ... qiyamulail nya begitu tersentuh jiwa ...
2. masa untuk kami bercuti di malaysia dapat lebih panjang selepas raya kerana pasti bulan puasa tak larat nk jalan2 ... kami memang suka berjalan2, tengok lah nanti kalau ada rezeki, panjang lah langkah kami  nanti ...
3. Di Qatar kalau kerja di bulan ramadhan ni lumayan upahnya ... hehehe ... kerja pun senang kerana waktu pejabat yang singkat dan suasana perlahan oleh kerana orang akan senyap sunyi kerana semua faham dengan kondisi orang berpuasa dan berqiyamulail ...... dah ada duit baru seronok berhari raya dan pulang bercuti betul tak? hehehehe  ... jangan marah ye, InsyaAllah kami tak membazir dan yang penting kami dapat memberi kepada yang memerlukan ....

Alhamdulillah .... Taqabbalallah minkum, semoga Allah mengabulkan doa semua ... semoga bertemu di Ramadhan akan datang

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan menjelma lagi

20 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, musim panas di Qatar.

Bagi negeri Arab, Eropah menyambut hari ni, sebaliknya di Asia tenggara seperti Malaysia dan Indonesia, start puasa Sabtu 21/7/2012.

Ramadhan bagi kami di Qatar disambut besar besaran... shopping di mana mana ada sale, lampu lip lap di mana mana, masjid masjid penuh ... semua orang mengucap selamat menyambut "Ramadhan Kareem" ... terasa akan kehadirannya. Status di FB ramai sekali yang memohon maaf, termasuk mesin ATM ... "sorry your balance is not enough to continue the transaction" ...

Itu yang buat aku suka bulan Ramadhan di Qatar ... aku tak pasti sama ada aku boleh lakukan ibadah dengan lebih baik di Malaysia, kerana TV dan surat khabar lebih meriah dari suasana sebenar ... betis, paha, dada segar berlambak lambak untuk dilihat ... hiburan ada di mana mana ... di Qatar ni ada jugak tapi kurang lah sikit , TV dah jarang jarang di lihat, surat khabar di Qatar pulak Alhamdulillah tak ada gambar gambar yang seksa ....

Kerja pun separuh hari je di Qatar ni... ofis ofis kerajaan, bank bank, kedai kedai dan shopping di tutup tengahari sampai maghrib ... tapi lepas Maghrib bersesak lah orang ramai ... ada kedai dan shopping yang di buka sehingga jam 1 pagi ... bagus juga, sebab sekarang ni kemuncak musim panas, suhu mencecah 50darjah kadang kala mungkin lebih di tengah jalan dan kota kota batu metropolitan di mana bahan yang di gunakan menyerap haba serta haba dari air condition dan pelepasan carbon monoksida dari pembakaran enjin kenderaan ....

Lebih baik duduk rumah sambil layan komputer, ipad, ipod, tv dan lebih baik baca kitab dan buku buku ... atau pun merehatkan mata tapi jangan lama lama nanti isim la pulak ...

Alhamdulillah first day puasa semalam adalah hari jumaat dan hari ni sabtu, adalah hari hujung minggu di Qatar ... besok hari ahad akan bermula lah kerja semula dan aku akan menghadap minah saleh yang suka berseluar pendek baju tk berlengan tu ... mmm, menci aku ...

ok lah semoga kita semua dapat berusaha mengganda kan ibadat dan mendapat pahala yang dijanjikan Allah ... illaliqaq






Friday, July 20, 2012

Hidup bermasyarakat ...

Alhamdulillah aku di kurniakan masyarakat yang begitu harmoni sekali, iaitu Malaysian Al Khor Komuniti. Kami tak lah ramai, lebih kurang 140 keluarga je . Alhamdulillah Allah telah merahmati komuniti kami ini. Sepanjang aku berada di Al Khor ni berbagai aktiviti telah kami adakan. Komuniti kami ni boleh lah dikatakan antara kumpulan yang paling aktif sepanjang tahun lepas berbanding masyarakat dari India, Filipina maupun Pakistan yang mempunyai lebih ramai ahli. Aktiviti seperti hari keluarga, program untuk remaja, pasar malam, program keugamaan dan juga aktiviti yang berlandaskan hobi seperti memancing dan kelab motosikal.

Tahun ni aku di lantik sekali lagi sebagai AJK komuniti. Pendirian aku tetap, bahawa setiap orang memainkan peranan dalam komuniti. Kita tak boleh kata bahawa komuniti kita tak bagus sebelum kita cuba untuk menyumbang. Kerana bulat air dek kerana pembentung, bulat manusia dek kerana muafakat. Aku respek dengan semua ahli komuniti aku kerana mereka hidup harmoni dan damai. Seperti sebuah keluarga yang besar.

Aktiviti yang banyak ini adalah antara faktor kepada perpaduan kami. Dengan adanya program program masyarakat, ahli nya dapat berjumpa dan bermesra serta menghilangkan cerita cerita belakang yang tak enak di dengar. Sedikit sebanyak perkara negatif tu biasa sangat kita dengar, tetapi jangan lah pulak kita jadi radio buruk, dah lah bunyi nya sumbang, sakit pulak telinga mendengar nya. Adalah lebih baik kita tutup dari mendengar nya. Perkara negatif usah di sebut sebut, kerana tiada faedahnya, adalah lebih baik kita sebut tentang perkara yang menggembirakan kita. Manusia terkadang suka sangat membicarakan tentang manusia lainnya. Elakkan lah kerana manusia bercakap tentang keadaan manusia kurang bijak bercakap tentang manusia lainnya. Ingat lah lidah itu lebih tajam dari pisau. Zaman sekarang ni bukan sahaja lidah berkata tetapi status di FB juga berkata kata.

Hasilnya kini komuniti Malaysian Al Khor sangat harmoni, hidup kami seperti sebuah keluarga yang besar, bila seorang sakit semua akan rasa sakit nya. Bila semua gembira, kita akan bahagia... apa lagi nikmat yang kami mahukan? Bukan senang nak dapat komuniti sebegini. Oleh itu hargai lah ia ...


Monday, July 16, 2012

Nikmat yang paling berharga ...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Lama sungguh saya tak update blog ni, nk kata busy sangat tu tak lah ... tapi macam dah kering idea pun ada jugak ...

Masa berlalu pantas, sekejap je umur dah meningkat ... manakan mungkin ku undur semula. Ada manis ada masam ada pahit dalam kehidupan ... itu pasti, setiap manusia pasti melaluinya. Syukur ku panjat kan kepada Ilahi dikala umurku menjejak 40, aku dah dapat bermacam2 anugerah Nya ... Alhamdulillah

Nikmat yang paling hebat ialah kesihatan, walaupun tenaga dah menurun sedikit tapi alhamdulillah, masih lagi kuat lah jugak ...

Nikmat yang lainnya yang paling besar ialah kebahagian ... Alhamdulillah keluarga, masyarakat dan kewangan yang cukup, menyumbang kepada kebahagian yang ku miliki ini. Allah sahaja lah yang mempunyai kuasa atas segala apa yang ku miliki, Dia boleh menariknya pada bila bila masa sahaja ... tidak mustahil.


Setakat ini aku bersyukur sangat sangat kerana aku di beri peluang untuk memperbaiki kehidupan setelah banyak sekali peluang yang di beri oleh Nya telah aku sia sia kan. Semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk aku terus mengikuti jalan ini...




Saturday, March 17, 2012

Week Update KAFA n MQFL

Bulan mac 2012, menyaksikan satu pertandingan bolasepak iaitu Liga Malaysia di Qatar (Malaysian Qatar Football League). Ini adalah tahun kedua penganjuran dengan penyertaan dari pasukan2 dari seluruh wilayah di Qatar dan juga pasukan dari Embassy.

Pasukan2 yang mengambil bahagian ialah:
1. MyQP (Mesaeid)
2. West Bay (Doha)
3. Agogo FC (Doha)
4. Zone 66 (Doha)
5. Al Khorox (Al Khor)
6. Al Khorex (Al Khor)
7. RasGas Maintenance FC (Al Khor n Doha)
8. Smokin Dukes (Dukhan)

Persaingan hebat dalam semangat kesukanan yang tinggi di harap dapat mengeratkan lagi silaturrahim rakyat Malaysia di Qatar ini ...

p/s; hambe main gok, untuk pasukan Al Khorex ... menang sekali tu ... bangga







Komuniti Malaysian Al Khor dengan inisiatif dari ibu-bapa yang perihatin, sudah menjangkau 3 tahun mengadakan Kelas Fardhu Ain dan Al Quran untuk anak2 dari berbagai peringkat umur. Tenaga pengajar terdiri dari sukarelawan yang tidak di bayar gaji. Sukatan mata pelajaran adalah mengikut buku Islamic Foundation DarusSalam Publication. Dana untuk menjalankan kelas ini juga dari kutipan dan derma.
Lihat lah wajah anak2 ini, jelas terpancar keriangan... Alhamdulillah

Saturday, March 10, 2012

2012 update …
  1. Masuk tahun ke tiga berada di Qatar. Alhamdulillah, rahmat Allah masih hangat terasa …
  2. Kehilangan Nenek tersayang, 4/3/2012 … sedih tetapi redho, kerana nenek dah lama sakit tua, sewaktu balik melawat mak, aku jumpa nenek dan aku cium dia berkali2, aku kata kt dia, nenek berehat lah tak payah banyak bergerak … memang dia dah duduk di katil aje, nk bergerak kemana2 harap kan orang angkat dia … 
  3. Nk bebaskan diri dari hutang tapi masih ada lagi yang tak settle walaupun yang besarnya dah settle…
  4. Kami pindah ke block D, lebih besar, lebih selesa tetapi bila sandstorm habuk pasir masuk berkilo2 kedalam rumah … preventive action, to install curtains at every window type A/C … tak tau le setakat mana effectiveness nya.
  5. DSLR dah tukau … D90 to D7k … semangat nk ambil gambar masih membara tetapi masa penghalang utama … foto banyak di upload di FB dan Flickr/zulkhairi/ …
  6. Isteri tersayang makin rancak berniaga … FB page … Da’Syamz Kitchen Al Khawr … lebih kepada memenuhi masa lapang dari buat duit kaw kaw (boleh la sikit2 buat belanja dapor) … kami seronok mendapat ramai kawan baru, dan memang Komuniti kami memerlukan penjual makanan citarasa Malaysia.
  7. Event2 sepanjang suku pertama tahun ni;
  8. 2012 SHE&Q Group Family Day … tahun ni tk menang lucky draw, tapi semua orang dapat Sony Micro HiFi … K’Lot menang iPad2 … Alhamdulillah, rezeki dia tahun ni …
  9. Visit to Al Dosari Park (menarik, Cuma yg tak menarik tandasnya) … aku dgn K’Lot buat children games, memang best … looking forward for other activities.
  10. Malaysian Football League … biasa ler dah veteren, kalah tu biasa … kalau menang tu luar biasa …
  11. Lain2, macam biasa picnic dgn kawan2, tapi sekarang bulan 3 tengah kuat angin dan sandstorm … dok rumah lebih baik ….
  12. Lain2 … macam biasa semoga hari ni lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini …

Monday, January 2, 2012

gambar family


Corniche 1Jan2012

Di saat sukar kamu sentiasa berada di samping ku,
Di kala aku kesedihan kamu sentiasa membuat ku gembira,
Pada aku, kamu umpama matahari yang menyinari,
Pada mu akulah tempat mengadu harapan ...

Anak2, ketahuilah, aku sentiasa senang melihat kamu membesar,
Disaat kamu riang, ceria dan aktif, aku gembira sekali,
Bagi ku kamu lah permata hati ku,
Akan aku serahkan seluruh jiwa raga ku membesarkan kamu ...

Aku dan ibumu sentiasa berdoa kejayaan kamu ...
Semoga di kemudian hari kamu akan sentiasa ingat akan pengorbanan kami ...