Monday, May 10, 2010

Ada apa dengan NIAT?+

Ada apa dengan niat?

Pada pengalaman umrah yang lepas beberapa pelajaran dapat diperolehi. Bagi saya satu pelajaran yang sangat penting ialah NIAT. Setiap perbuatan bergantung kepada niat seseorang. Mungkin bagi sestengah orang perkara ini sangat remeh tapi bagi saya ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam lebih lebih lagi ini adalah perjalanan pertama saya ke tanah suci.

Sebelum berangkat ke tanah suci perasaan saya bercampur aduk antara cerita-cerita orang dan faedah yang saya dapat jika saya berumrah. Sudah menjadi kebiasaan orang akan ke tanah suci dan berdoa secara khusus untuk mencapai hajat tertentu. Ada orang berdoa untuk mendapat anak, kemudian dimakbulkan Allah, dan berbagai lagi permintaan yang diminta. Begitu juga saya dengan perasaan sebelum pergi hendak mendapat sesuatu namun setelah beberapa hari bermain di fikiran, akhirnya Maha Suci Allah diberikan petunjuk.

Hakikatnya, apakah niat kita hendak mengerjakan umrah? Adakah untuk mendapatkan sesuatu yang bersifat keduniaan? Tak mustahil Allah akan mengurniakan rezeki di dunia tetapi apakah itu kesudahan kita? Tidakkah yang lebih penting ialah penghujung perjalanan kita iaitu syurga?

Alhamdulillah, kini saya akan sentiasa berhati hati dengan apa yang saya mahukan...

2 comments:

Black: said...

salam bro.. pekabo keluarga..

Zulkhairi said...

Alhamdulillah Sihat, orang kelebang ape kabau?