Friday, October 30, 2009

Cuti2 Malaysia Part 8 - Sunway Lagoon

Memang dah plan sebelum balik kitorang nak pergi Sunway Lagoon, mula2 rancangan kami sebelum pusing semenanjung tapi hari isnin tak bukak, so kitorang pergilah di minggu terakhir cuti. Dapatlah bawak family sebelah Ayang. Tak ramai yang dapat ikut sebab bebudak sekolah dan tak dapat cuti. So kami pun masuklah dalam 12 dewasa 4 kanak2 dan 1 warga emas.

Permainan yang seronok ialah Congo Challenge, dimana kita kena meniarap atas tikar yang diberi dan meluncur laju atas air, berlumba sesama sendiri dalam enam lorong yang disediakan. Kemudian meluncur atas tube di African Phytons dan Cameron Climb. bagi anak2 boleh bermain taman permainan sambil dibasahi air yang tiba2 mencurah dan juga meluncur perlahan didalam sungai buatan dan melalui air terjun niagara.

Keseronokan kami tak henti disitu kerana kami bermain pula di Amusement park, dimana terdapat kapal lanun yang boleh berpusing 360 darjah. Kemudian menaiki keretapi buruk yang tak disangka boleh meluncur laju dan kami juga berpeluang menaiki jambatan gantung terpanjang didunia (sehari sebelum tu jambatan gantung kuala dipang runtuh)

Thursday, October 29, 2009

Cuti2 Malaysia Part 7 - MotoGP

Malaysian MotoGP 2009

Kebetulan balik kali ni ada Moto GP di Sepang, so aku tak lepas peluang, aku ajak Norman sekali. Naik Swift dia yg baru MBS 9**2, mantap di lebuh raya dan jalan kampung.

Tapi seksanya kami nk mendapat tiket, nyesal tk beli online. kena beratur panjang tapi nasib baik semua berdisiplin. Tak macam MotoGP Doha, org tak ramai dan mudah nak masuk, Malaysian MotoGP kali ni ramai dan lambat masuk tak dapat tempat duduk (kt grandstand la.)











Masa MotoGP nak start hujan pun turun so delay kejap. Pastu bila dah slow sikit, MotoGP pun start.


Rossi bermula di kotak hadapan tapi akibat berebut masuk first corner, dia tercicir ke no 8, tapi kemudian dia kejar satu persatu sampai ke no 3. Tak tau le strategi ke ape, tapi naseb baik dapat no 3 sebab pedrosa jatuh. Apa pun Stoner tetap unggul dihadapan dgn moto ducatinya yg hebat.


Walupun Casey Stoner menang, tetapi Rossi mengesahkan kejuaraan dunia 2009 milik beliau. Kali ke 9 untuk seorang pelumba hebat sepanjang zaman.









Kali ni aku berpeluang juga test skill shooting aku tapi banyak lagi nk kena belajar dan keterbatasan equipment yang ada. Ni la hasil beberapa gambar yg dapat.

Cuti2 Malaysia Part 6 - Kenduri Cukur Jambul / Aqiqah











Minggu ke 3 percutian, kami adakan kenduri untuk menyatakan kesyukuran kami dan sempena menyambut 5 ahli baru dalam keluarga iaitu, amjad, fawaz, haziq, aizad dan wani. Lima orang baby ni kena la cukur jambul pada hari tu.

Alhamdulillah hampir semua ahli keluarga dapat bersama dalam satu majlis, dan itulah yang kami harapkan. Sepanjang tahun ini kami mendapat rezeki yang lebih sikit dan ini semua berkat doa keluarga, tanpa keluarga siapalah kami. Dan keluarga lah yang telah banyak membantu dikala susah dan masa akan datang mereka jugalah tempat bergantung dan mengadu. Terima Kasih semua, semoga kita kekalkan perhubungan erat kekeluargaan ini.

Masakan utama kali ini ialah briyani kambing korban (untuk Aina dan Aisya) dimasak oleh Pak Ngah Salleh. Antara jemputan kami ialah Anak2 yatim PAYASUM seramai 58 orang, juga tak lupa yang jauh dari kedah, Tandope and the gang (datang untuk Burung Hantu Nite Ride)

Tuesday, October 27, 2009

Cuti2 Malaysia Part 4 - Penang

Selepas Langkawi kami ke Pulau Pinang. Kami bermalam di Vistana Kondo, rate paling mahal kali vacation kali ni. RM 207 selepas special rate pakai nama OP Kicap. Area Bukit Jambul, Bayan Lepas. Ada 3 bilik, 2 katil besar satu katil single. Ada kitchen dan living room yang besar.

Besoknya kami keluar pagi2 untuk nk naik keretapi bukit bendera. Tapi orang ramai jugak masa nak naik tu. Pemandangan atas tu memang menarik, dapat lihat jambatan pulau pinang dari jauh.

"Dulu2 ayah naik bukit ni pakai basikal je" kata aku dengan bangga pada anak aku...

Cuti2 Malaysia Part 5 - Pangkor


Destinasi Pulau kami yang terakhir ialah Pulau Pangkor. Kami pernah kesana 10 tahun dulu dan selepas itu saya pernah datang sendiri pada 2007. Apa yang dapat dilihat ialah bertambahnya kedai2 ditepi pantai yang menyemakkan mata memandang. Kedai2 ini patut dibuat atas tapak yang lebih baik dan tidak menggangu permandangan pantai terutama di Pantai Teluk Nipah, salah satu pantai yang ramai pengunjung. Kami bermalam di Chalet Ombak Inn, Teluk Nipah selama 2 malam.

Di Pangkor ini kami dah janji dengan 15 family members yang lain. Mereka menunggu di Lumut Waterfront yang baru dan cantik. So this trip pun consider family vacation, cuma kak ngah & family je tak leh join sebab baru melahirkan Fawaz.

Trip kami memang enjoy sebab kami sekeluarga dan masa kami datang orang tak ramai. Dah ramai tu haruk le dibuatnya, macam tempat tu kami yang punya. Besoknya kami pusing pulau, Aku, Talib & Nafi sewa motor, dan yang lain naik van. memang syok, walaupun panas tapi kami redah je, sampai hitam legam anak beranak.

Tempat yang perlu dilawati atau perkara yang perlu anda lakukan di Pangkor:

1. Mengelilingi pulau dengan motor(RM30), jika tak boleh dengan van pun ok (RM 80). Motor kena pilih yang elok kerana banyak pilihan untuk disewa. Disebelah utara pulau terdapat kawasan berbukit dan jalan yang ada selekoh tajam, berhati2 dan gunakan gear rendah. Polis memang tak kacau dan sebolehnya hormati le sikit undang2, jangan ikut cara orang tempatan, kerana itu kampung mereka.

2. Tempat2 menarik semasa mengelilingi pulau ialah seperti :-
a. Pan Pacific hotel jetty disebelah utara.
b. Teluk Dalam Berjaya resort - just a quick view of the resort dan airport
c. Kilang satay ikan / sotong kering Hai seng hin - kilang ni mengamalkan Good Manufacturing Practice, dan product nya memang bermutu. Beli banyak boleh bawa balik beri keluarga di kampung. (jangan beli macam ni)
d. Kota Belanda di sebelah selatan pulau. ada sedikit sejarah tentang orang belanda yang datang mengaut hasil bumi dari Pangkor.
e. Batu bersurat - catatan peninggalan orang belanda yang kalah diserang bertalu2 oleh rakyat Perak.

3. dan yang paling menarik sekali ialah Island Hoping di Pulau Mentanggor dan Pulau Giam(coral island) 10 tahun dulu aku snorkeling disini, masih banyak lagi coral, tapi sekarang dah ada kesan kemusnahan dan sampah sarap kelihatan didasar nya. oleh kerana terlalu ramai orang datang bagi makan ikan, sampai ikan pun dah jemu dengan roti gardenia tu, kalau boleh ikan tu nak pilih menu lain pulak la... lepas tu boat service akan letak anda dipulau untuk mandi manda selama mana yang anda mahu. kawasan pangkor memang banyak ikan, dan sewaktu mandi manda tu boleh gak tengok ikan berenang2 di sisi anda.

4. Untuk makan malam kami sarankan anda mencuba ikan bakar paling sedap di pulau pangkor (Adam cakap...) Kedai Makan Mak Mah di pantai nipah. Memang sedap dan murah tapi belum boleh chalen Ikan bakar melaka.




Cuti2 Malaysia Part 3 - Langkawi

Pulau Langkawi

Dari Kuala Besut kami teruskan perjalanan ke Langkawi. perjalanan kali ini lebih jauh kerana melintasi banjaran Titiwangsa melalui lebuh raya timur barat. Jarak perjalanan lebih 400km. Hajat di hati nak bermalam di Kuala Perlis tetapi kami cuma mampu sampai ke Alor Setar. Ini lah kali pertama kami anak beranak di Alor Setar.

Besoknya kami pun bertolaklah ke Langkawi, dan kami bermalam diLangkawi selama 3 malam. Itupun rasa tak puas hati lagi, kerana banyak lagi tempat kami tk dapat pergi.

Tempat2 menarik di langkawi yang kami lawati:
1. Cable Car di gunung Mat Chinchang - tengok cuaca sebelum naik, kalau hujan atau mendung mungkin anda tak dapat melihat permandangan menarik.
2. Temurun waterfall - air terjun ni kecil je tapi air nye sejuk dan nyaman walaupun waktu tengahari yang panas.
3. Pantai Pasir Tengkorak - air nya jernih tapi awas banyak monyet yang sedia melarikan beg anda yang berisi makanan.
4. Kilim Geoforest Park - mulanya kami ingat tiada apa2 yang menarik tentang paya bakau ni tapi bila dah melaluinya, kami amat puas. Tempat menarik seperti fish feeding, eagle feeding, gua kelawar dan gua buaya. Tapi sewa botnya mahal RM250 untuk dua jam.
5. Makam Mahsuri - untuk mengetahui sejarah Pulau Langkawi secara mendalam dan lagenda Mahsuri.












Monday, October 26, 2009

Cuti2 Malaysia Part 2 - Kota Bharu dan Perhentian

Selepas Cherating kami terus ke Kota Bharu. Kami sampai di hotel malam selepas amik akak nurul di poli, terima kasih kepada Garmin GPS kerana menunjukkan jalan. Di kota bahru kami jalan2 di sekitar bandar dan KB Mall, pastu gi wakaf che yeh dan beli tiket akak nurul untuk nak balik minggu lagi satu(dia nak gi pangkor jugak)

Di Kota Bharu kami stay 2 malam sebelum ke perhentian pulak. Hajat nak bermalam di Perhentian tak dapat dilaksanakan kerana waktu kami sampai tu hujan lebat. Jadi kami bermalam je di kuala besut. Elok juga kami tak bermalam di pulau kerana makan mahal di sana. Sarapan je kami anak beranak rm60. Roti Canai segera sekeping rm2.

Cuti2 Malaysia Part 1 - Cherating

First destination of our Semenanjung Tour, we stayed at Tanjung Inn. We take 2 family rooms, it cost RM 130 per room. The chalet was a little bit old but still good to stay. I chose this chalet because of the environment is beautiful with lawn grass area and 2 big fish pond.

Masa tu tak ramai guest, cuma kami se family dan 2 couple lain, memang terasa sunyi dan spooky la... Malam tu kami makan di Bandar Chukai. Lama dah tak tengok Kemaman. Dulu2 amik lesen lori kt sana (1993).

Monday, October 5, 2009

Cuti2 Malaysia

Hari ni adalah minggu pertama kami bercuti, so semua nya dah plan awal2 untuk buat aktiviti apa. Pertama sekali ialah berjumpa ibu bapa dan minta maaf, kemudian melawat sanak saudara di kampung, kerana suasana raya masih ada. Dah selesai semua tu baru lah boleh jalan2 atau cuti2 Malaysia. Dah jadi perantau ni kenalah gunakan masa bercuti ni untuk berehat sepenuhnya kerana selepas ni dah tentu balik Qatar dan kerja, tiada banyak perkara yg boleh dilakukan diQatar.

Minggu depan nk ke pantai timur dan seterusnya Kelantan. So doa kami agar perjalanan kami selamat dan gembira. InsyaAllah.