Friday, October 30, 2009

Cuti2 Malaysia Part 8 - Sunway Lagoon

Memang dah plan sebelum balik kitorang nak pergi Sunway Lagoon, mula2 rancangan kami sebelum pusing semenanjung tapi hari isnin tak bukak, so kitorang pergilah di minggu terakhir cuti. Dapatlah bawak family sebelah Ayang. Tak ramai yang dapat ikut sebab bebudak sekolah dan tak dapat cuti. So kami pun masuklah dalam 12 dewasa 4 kanak2 dan 1 warga emas.

Permainan yang seronok ialah Congo Challenge, dimana kita kena meniarap atas tikar yang diberi dan meluncur laju atas air, berlumba sesama sendiri dalam enam lorong yang disediakan. Kemudian meluncur atas tube di African Phytons dan Cameron Climb. bagi anak2 boleh bermain taman permainan sambil dibasahi air yang tiba2 mencurah dan juga meluncur perlahan didalam sungai buatan dan melalui air terjun niagara.

Keseronokan kami tak henti disitu kerana kami bermain pula di Amusement park, dimana terdapat kapal lanun yang boleh berpusing 360 darjah. Kemudian menaiki keretapi buruk yang tak disangka boleh meluncur laju dan kami juga berpeluang menaiki jambatan gantung terpanjang didunia (sehari sebelum tu jambatan gantung kuala dipang runtuh)

1 comment:

mak lang said...

Tamatlah sudah percutian yg x mungkin d lupakan. Trima kasih buat suamiku yg trsayang.. Juga pada semua ahli kluarga yg lain. InsyAllah d murahkn rezeki, lain x kita brcuti lg.