Saturday, August 1, 2009

Musim Buah

Depan admin building











Cuaca berjerebu

Sekarang musim buah kat Qatar ni, sekali dengan musim panas , kurma ranum pada musim panas... jika kat Malaysia dapat rasa durian, manggis, rambutan tapi kat sini buah kurma je la... namun terasa jugak meriah nya kerana rakan2 Qatari bawak kurma dari rumah masing2 untuk berkongsi dan sambil minum "Gahwa" minuman traditional Arab.

Aku pun dapat lah merasa pengalaman menjolok buah kurma. Baru lah tau macamana buah ni masak ranum. Pokok kurma tak lah setinggi pokok kelapa atau pokok pinang, malah lebih rendah dari pokok kelapa sawit... namun untuk menjolok nya kena ada special skill supaya buah yang benar2 masak sahaja akan luruh.

Besok malam aku akan kerja malam lagi, so boleh operasi jolok lagi... hehehe seronok buat kerja macam ni....

Apa pun harap2 musim buah kat M'sia tak habis lagi masa aku balik nanti..... huh lama lagi tu, tak de buah kat pokok kat kedai pun jadi lah....





kurma tgh ranum











kurma muda




1 comment:

Acik said...

Jgn lupa bwk balik mesia nnt..