Friday, August 28, 2009

Ramadhan Kareem

Ramadhan datang lagi, kali pertama kami berpuasa di sini. Beserta dengan musim panas, memang mencabar kalau berada di luar. Tetapi bagi kami alhamdulillah tak lah perlu keluar, jadi memang mudah.

Bagi yang bekerja diluar, memang mencabar tetapi majikan2 di Qatar banyak yang melaksanakan sistem kerja yang berbeza supaya dapat meringankan beban pekerja. Bagi RasGas, waktu pejabat di pendekkan menjadi 5jam sahaja.

Untuk perkerja di plant, kalau musim panas ada system heat index, so kalau terlalu panas dan humidity tinggi, kerja2 diluar dihentikan. Dalam blog En.Remboe ada cerita lebih lanjut.





















Majlis iftar ditempat kerja.
















Gerai Komuniti Al Haya di Bazaar Ramadhan MAQ

Friday, August 14, 2009

Happy Birthday Ameer dan Aisha Humaira

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO AISHA and AMEER....












Semalam genap 2 tahun adik, ayah bawak gi jalan, makan2 di Al Waha club. Kali ni ayah tak beli kek besar sebab tak sedap, lebih baik beli kek sepotong sepotong. Kek kat Al Waha club memang terbukti sedap.

Masa perjalanan balik kitorang nyanyi ramai2 pada adik... seronok nya. Pastu ibu mengimbau kembali saat2 melahirkan adik, yang seperti biasa ayah akan lupa.




Minggu lepas birthday abang long 6/8/2009, walaupun kek tak berapa sedap (yang pertama selalu kena cuba dan salah - try and error) tapi malam tu ramai doa untuk Ameer kat kenduri rumah En Rosman.




Semoga anak2 ayah membesar menjadi anak yang berguna.




an evening at aspire park

Wednesday, August 5, 2009

Museum of Islamic Art

Museum of Islamic Art, Doha - 5th August 2009




Setelah mendapat maklumat dari kawan2, kitorang pun merancang melawat museum ni. Masuk percuma dan yang bestnya boleh amik gambar. Museum ni baru buka awal tahun ni dan inilah kali pertama aku masuk. Best sebab tempat dia luas, kakitangan peramah, kemudahan mencukupi dan selesa. Orang pun tak ramai dan bahan pameran pun menarik untuk pecinta sejarah macam aku... harap2 anak2 pun dapat turut merasa seronok melihat tamadun orang2 dulu2.

Dari jauh kelihatan museum ni seperti berada atas air, kerana ia di bina di tanjung dan di hujung sebuah teluk. Museum ni 4 tingkat dan amat luas untuk menempatkan barang2 yang berharga tu. Rekabentuk bangunan unik sekali, seperti satu lukisan simetri yang rumit. Ianya melambangkan tamadun islam yang terkenal dengan ketinggian ilmu.

Dahulu Islam lah yang mendahului dari segi sains dan teknologi selama 800 tahun atau lebih, kemudian musnah diserang Empayar Monggol. Rujuk disini.

Aku percaya masih banyak lagi bahan pameran yang boleh diletakkan, dan mungkin ditahun yang lain aku akan menziarahinya lagi.

Saturday, August 1, 2009

Musim Buah

Depan admin building











Cuaca berjerebu

Sekarang musim buah kat Qatar ni, sekali dengan musim panas , kurma ranum pada musim panas... jika kat Malaysia dapat rasa durian, manggis, rambutan tapi kat sini buah kurma je la... namun terasa jugak meriah nya kerana rakan2 Qatari bawak kurma dari rumah masing2 untuk berkongsi dan sambil minum "Gahwa" minuman traditional Arab.

Aku pun dapat lah merasa pengalaman menjolok buah kurma. Baru lah tau macamana buah ni masak ranum. Pokok kurma tak lah setinggi pokok kelapa atau pokok pinang, malah lebih rendah dari pokok kelapa sawit... namun untuk menjolok nya kena ada special skill supaya buah yang benar2 masak sahaja akan luruh.

Besok malam aku akan kerja malam lagi, so boleh operasi jolok lagi... hehehe seronok buat kerja macam ni....

Apa pun harap2 musim buah kat M'sia tak habis lagi masa aku balik nanti..... huh lama lagi tu, tak de buah kat pokok kat kedai pun jadi lah....





kurma tgh ranum











kurma muda