Saturday, July 21, 2012

Ramadhan menjelma lagi

20 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, musim panas di Qatar.

Bagi negeri Arab, Eropah menyambut hari ni, sebaliknya di Asia tenggara seperti Malaysia dan Indonesia, start puasa Sabtu 21/7/2012.

Ramadhan bagi kami di Qatar disambut besar besaran... shopping di mana mana ada sale, lampu lip lap di mana mana, masjid masjid penuh ... semua orang mengucap selamat menyambut "Ramadhan Kareem" ... terasa akan kehadirannya. Status di FB ramai sekali yang memohon maaf, termasuk mesin ATM ... "sorry your balance is not enough to continue the transaction" ...

Itu yang buat aku suka bulan Ramadhan di Qatar ... aku tak pasti sama ada aku boleh lakukan ibadah dengan lebih baik di Malaysia, kerana TV dan surat khabar lebih meriah dari suasana sebenar ... betis, paha, dada segar berlambak lambak untuk dilihat ... hiburan ada di mana mana ... di Qatar ni ada jugak tapi kurang lah sikit , TV dah jarang jarang di lihat, surat khabar di Qatar pulak Alhamdulillah tak ada gambar gambar yang seksa ....

Kerja pun separuh hari je di Qatar ni... ofis ofis kerajaan, bank bank, kedai kedai dan shopping di tutup tengahari sampai maghrib ... tapi lepas Maghrib bersesak lah orang ramai ... ada kedai dan shopping yang di buka sehingga jam 1 pagi ... bagus juga, sebab sekarang ni kemuncak musim panas, suhu mencecah 50darjah kadang kala mungkin lebih di tengah jalan dan kota kota batu metropolitan di mana bahan yang di gunakan menyerap haba serta haba dari air condition dan pelepasan carbon monoksida dari pembakaran enjin kenderaan ....

Lebih baik duduk rumah sambil layan komputer, ipad, ipod, tv dan lebih baik baca kitab dan buku buku ... atau pun merehatkan mata tapi jangan lama lama nanti isim la pulak ...

Alhamdulillah first day puasa semalam adalah hari jumaat dan hari ni sabtu, adalah hari hujung minggu di Qatar ... besok hari ahad akan bermula lah kerja semula dan aku akan menghadap minah saleh yang suka berseluar pendek baju tk berlengan tu ... mmm, menci aku ...

ok lah semoga kita semua dapat berusaha mengganda kan ibadat dan mendapat pahala yang dijanjikan Allah ... illaliqaq






Friday, July 20, 2012

Hidup bermasyarakat ...

Alhamdulillah aku di kurniakan masyarakat yang begitu harmoni sekali, iaitu Malaysian Al Khor Komuniti. Kami tak lah ramai, lebih kurang 140 keluarga je . Alhamdulillah Allah telah merahmati komuniti kami ini. Sepanjang aku berada di Al Khor ni berbagai aktiviti telah kami adakan. Komuniti kami ni boleh lah dikatakan antara kumpulan yang paling aktif sepanjang tahun lepas berbanding masyarakat dari India, Filipina maupun Pakistan yang mempunyai lebih ramai ahli. Aktiviti seperti hari keluarga, program untuk remaja, pasar malam, program keugamaan dan juga aktiviti yang berlandaskan hobi seperti memancing dan kelab motosikal.

Tahun ni aku di lantik sekali lagi sebagai AJK komuniti. Pendirian aku tetap, bahawa setiap orang memainkan peranan dalam komuniti. Kita tak boleh kata bahawa komuniti kita tak bagus sebelum kita cuba untuk menyumbang. Kerana bulat air dek kerana pembentung, bulat manusia dek kerana muafakat. Aku respek dengan semua ahli komuniti aku kerana mereka hidup harmoni dan damai. Seperti sebuah keluarga yang besar.

Aktiviti yang banyak ini adalah antara faktor kepada perpaduan kami. Dengan adanya program program masyarakat, ahli nya dapat berjumpa dan bermesra serta menghilangkan cerita cerita belakang yang tak enak di dengar. Sedikit sebanyak perkara negatif tu biasa sangat kita dengar, tetapi jangan lah pulak kita jadi radio buruk, dah lah bunyi nya sumbang, sakit pulak telinga mendengar nya. Adalah lebih baik kita tutup dari mendengar nya. Perkara negatif usah di sebut sebut, kerana tiada faedahnya, adalah lebih baik kita sebut tentang perkara yang menggembirakan kita. Manusia terkadang suka sangat membicarakan tentang manusia lainnya. Elakkan lah kerana manusia bercakap tentang keadaan manusia kurang bijak bercakap tentang manusia lainnya. Ingat lah lidah itu lebih tajam dari pisau. Zaman sekarang ni bukan sahaja lidah berkata tetapi status di FB juga berkata kata.

Hasilnya kini komuniti Malaysian Al Khor sangat harmoni, hidup kami seperti sebuah keluarga yang besar, bila seorang sakit semua akan rasa sakit nya. Bila semua gembira, kita akan bahagia... apa lagi nikmat yang kami mahukan? Bukan senang nak dapat komuniti sebegini. Oleh itu hargai lah ia ...


Monday, July 16, 2012

Nikmat yang paling berharga ...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Lama sungguh saya tak update blog ni, nk kata busy sangat tu tak lah ... tapi macam dah kering idea pun ada jugak ...

Masa berlalu pantas, sekejap je umur dah meningkat ... manakan mungkin ku undur semula. Ada manis ada masam ada pahit dalam kehidupan ... itu pasti, setiap manusia pasti melaluinya. Syukur ku panjat kan kepada Ilahi dikala umurku menjejak 40, aku dah dapat bermacam2 anugerah Nya ... Alhamdulillah

Nikmat yang paling hebat ialah kesihatan, walaupun tenaga dah menurun sedikit tapi alhamdulillah, masih lagi kuat lah jugak ...

Nikmat yang lainnya yang paling besar ialah kebahagian ... Alhamdulillah keluarga, masyarakat dan kewangan yang cukup, menyumbang kepada kebahagian yang ku miliki ini. Allah sahaja lah yang mempunyai kuasa atas segala apa yang ku miliki, Dia boleh menariknya pada bila bila masa sahaja ... tidak mustahil.


Setakat ini aku bersyukur sangat sangat kerana aku di beri peluang untuk memperbaiki kehidupan setelah banyak sekali peluang yang di beri oleh Nya telah aku sia sia kan. Semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk aku terus mengikuti jalan ini...