Hidup di perantauan penuh pancaroba,
- Jauh dari keluarga, jika berlaku sesuatu susah nak balik untuk berjumpa. Hanya doa saja dapat mengiring mereka, semoga dilindungi Allah sentiasa hendaknya.
- Kita disini juga sentiasa tak senang hati memikirkan mereka di sana, banyak benda bermain di kepala, kalau terjadi apa2, susah kita nak balik segera, duit tiket kena standby juga, kalau tak ada terpaksa la berputih mata … Ya Allah , cukupkan lah keperluan kami sekeluarga, Kau lindungilah kami dari segala bala bencana.
- Kami di sini juga tak pasti macamana, kalau terjadi apa-apa kepada kami sekeluarga disini, sapa nak jaga, harap pada jiran tetangga juga nampaknya.Walaupun kualiti rawatan di hospital kerajaan bertambah baik, namun sesekala kita terfikir juga kalau kita ada keluarga disisi untuk bergantung harap dan peneman di kala sengsara …