A story of a family “hijrah” and striving to be better for the sake of future…
Monday, September 13, 2010
Ramadhan dan Syawal 1430H
Kalau dulu di Malaysia, ucapan yang biasa di dengar ialah "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin" ... di Qatar pulak orang akan ucap "Eid Mubarak". Lain sungguh, rasanya.
Bagus lah, kita dapat mengambil positif dan buang yang negatif. Kalau di Qatar, Eid ul Fitr, tak meriah sangat, tapi Ramadannya meriah, seawal bulan dah di gantung di shopping2 "Ramadhan Kareem". Ucapan tak henti2 dari kawan2 dan iklan di surat khabar. Sale di sana sini, nk beli kereta pun murah bulan Ramadhan. Nk telefon pada bulan Ramadhan pun murah berbanding bulan yang lain.
Bagi aku iftar (berbuka puasa) ditempat kerja, sepanjang bulan di "layan" oleh Qatari, diorang akan bawak makanan, aku cuma tumpang makan je.
Berbalik kepada sambutan Eid ul Fitr, solat sunat kebiasaannya akan dibuat di padang2 dan di Masjid2 yang besar seawal 5.30 pagi iaitu 30 minit selepas syuruk. Kemudian kami akan kunjung mengunjung kerumah rumah sahabat. Kunjung mengunjung berterusan hingga 2-3 minggu Syawal bergantung kepada ramainya komuniti. Ada jugak yang solo aje, mungkin tak biasa berkawan ... itu pilihan masing2. Kalau malu, duduk kt hulu.
Sehingga hari ni (dah raya ke 4) di komuniti saya tak henti2 ada open house. Yey, makan free lagi. Seronoknye, tapi yang penting kita dapat merapatkan hubungan silaturahim, sesama, sambil makan, kita bersembang. Komuniti saya ramai yang tak balik raya, ada dalam 40 keluarga.
Besok, ofis dah buka, sekolah dah start, ramai dah balik dari cuti, hidup kembali seperti biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)