Wednesday, July 29, 2009

Testing of our new camera Canon IXUS 870is

Sebab dah lama tak beli kamera yang betul2 kamera - not integrated with mobile phone, the last that i had was 3 megapixel, so we invest into new canon benchmark IXUS 870 is. After reading a few review and comparison, this is the one that i chose.

Here are some of the test shoots and because i was very obsessed (actualy looking at DSLR but better go slowly than broke),...
macro shots and wide angle





Rezeki dan Diet

Semenjak aku datang sini badan aku dah naik, paling kurang 2 kilo... En. Mamat kata dia naik 7kilo! ... mana tak nya... makan aje, makanan sedap pulak tu.













Kitorang beruntung sebab banyak bekalan makan dari Malaysia bawak sini pakai kontena, sos, kicap, beras, rempah sup, rempah kari, susu lemak manis dan lain2. Isteri duduk rumah aje, so dia pun masak aje la, pastu bertukar2 pinggan dengan jiran2. Dapat le merasa macam2 kuih dan masakan.

Apa pun aku akan berusaha berdiet bila Ramadhan tiba... hehehe

Wednesday, July 15, 2009

Dinner - Western Style

Ayang puase haritu, so kitorang gi buka kat Al Nakheel Club. Mula2 Noreen yang ajak, so aku pun ok je ..... So yang pergi, Rambo & family, Mahadi & family dan kami sefamily,.... makan sedap dan tempat romantik, harga pun berpatutan... kitorang makan pizza, lasagna, roast lamb rack, chicken caccitore, spagetti.... baru QR85.... bestnya. Lepas tu jalan2 kat corniche...

Gambar makanan tak sempat nak ambik sebab masing2 dah tak sabau dan lapau .....




Jalan2 dgn Family 2

Musim panas ni tempat yang paling sesuai untuk berjalan2 ialah .... semestinya shopping mall. Seperti biasa yang paling seronok ialah orang pompuan, yang paling tak seronok ialah Ayahnya sebab asyik bocor je pocket. Kali ni pergi Landmark Shopping Mall, kat sini lah adik dapat beskal baru...
















beskal baru adik... iyyey ...adik cakap.

Seronoknya Main Bowling

Kerja di Doha ni taklah seseronok kerja di Malaysia. Almaklumlah kerja ditempat orang, dengan pelbagai bangsa, mutinationalities, different cultures and mentalities. Ianya banyak bergantung kepada individu untuk menyesuaikan diri. Bagi aku, tak de masalah sangat tapi letih lah jugak, sebagai orang baru ni kena le ikut telunjuk je.

So, selepas je 4 hari kerja, aku akan meluangkan masa bersama family, ada le aktiviti kami. Minggu lepas kami anak beranak pergi main bowling. Seronoknya mereka. Aku pun dapatlah belajar sikit-sikit. Terpilih pulak tu mewakili Al-Haya. Ummm, hantam saja lah Labu....

tengok pada bola tu je dah tau dah mana pergi nya....

Anak2 pun sibuk nak main...



sedang memberi tunjuk ajar kepada pengganti Shalin Zulkifli




Ayang, sakit pinggang pun nak main jugak....