Tuesday, May 26, 2009

BERFIKIRAN POSITIF

Petikan dari malaysians-qatar.topicboard.net

Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.

Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung

Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik. Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baik lah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.

Kesannya, situasi negatif itu pula mengeheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri. Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejayaan macam Bill Gates. Kita boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.

Friday, May 22, 2009

Jalan2 dgn Family

Sejak diorang sampai ni, dah jauh jalan. Pergi Al Khor dah 3 kali, dalam bandar banyak kali dah.
Thanks to Ford Mondeo 2004. I bought this for QR20k.

Thursday, May 21, 2009

Harijadi Den

Harijadi tahun ni den tak do apo2 sambutan besar2an do, sobab eh... den tongah komited untuk maso dopan den. InsyaAllah den akan mencubo sedayo upayo untuk memperbaiki maso dopan den.

Tahun ni harijadi disambut dengan sedikit masalah tompek kojo,"Violation of Confidentility" ... biasolah mana ado caro sonang nak dapek duit.... tu sumo asam garam kehidupan.

next step -> NEBOSH certification dan bahasa Arab. Akan aku buktikan bahawa "knowledge is power" ....

Baby ke 8 Kak Long

Alhamdulillah Kak Long selamat melahirkan baby boy dengan kaedah caesarian setelah usaha mengeluarkan secara normal nampak sulit. Talib message aku masa aku tgh keje malam tapi sehingga aku balik kerja pagi tu masih belum keluar. Akhirnya selamat juga lahir pada 9.45 malam waktu tempatan, tengok blog acik

Mana tak susahnya, 4.5kg....... ummmaaakk aaaaiii, tembam bonar ha, alahai.... Alhamdulliah sumo dah selamat.

Saturday, May 16, 2009

Family Arrived

Alhamdulillah, akhirnya mereka sampai gak kat Qatar ni, pada hari sabtu 9hb Mei 2009. At the same time barang2 dari kontena pun sampai pada belah petangnya... memang penat, hari off day rasa macam tak rehat langsung, tapi Alhamdulillah happy.

Aisya masih kenal lagi dengan Ayah, thanks to Skype sebab dapat dia refresh memory bila tengok ayah. So, pas ni I encourage family members to have Skype equipped with webcam and microphone.