Tuesday, October 27, 2009

Cuti2 Malaysia Part 5 - Pangkor


Destinasi Pulau kami yang terakhir ialah Pulau Pangkor. Kami pernah kesana 10 tahun dulu dan selepas itu saya pernah datang sendiri pada 2007. Apa yang dapat dilihat ialah bertambahnya kedai2 ditepi pantai yang menyemakkan mata memandang. Kedai2 ini patut dibuat atas tapak yang lebih baik dan tidak menggangu permandangan pantai terutama di Pantai Teluk Nipah, salah satu pantai yang ramai pengunjung. Kami bermalam di Chalet Ombak Inn, Teluk Nipah selama 2 malam.

Di Pangkor ini kami dah janji dengan 15 family members yang lain. Mereka menunggu di Lumut Waterfront yang baru dan cantik. So this trip pun consider family vacation, cuma kak ngah & family je tak leh join sebab baru melahirkan Fawaz.

Trip kami memang enjoy sebab kami sekeluarga dan masa kami datang orang tak ramai. Dah ramai tu haruk le dibuatnya, macam tempat tu kami yang punya. Besoknya kami pusing pulau, Aku, Talib & Nafi sewa motor, dan yang lain naik van. memang syok, walaupun panas tapi kami redah je, sampai hitam legam anak beranak.

Tempat yang perlu dilawati atau perkara yang perlu anda lakukan di Pangkor:

1. Mengelilingi pulau dengan motor(RM30), jika tak boleh dengan van pun ok (RM 80). Motor kena pilih yang elok kerana banyak pilihan untuk disewa. Disebelah utara pulau terdapat kawasan berbukit dan jalan yang ada selekoh tajam, berhati2 dan gunakan gear rendah. Polis memang tak kacau dan sebolehnya hormati le sikit undang2, jangan ikut cara orang tempatan, kerana itu kampung mereka.

2. Tempat2 menarik semasa mengelilingi pulau ialah seperti :-
a. Pan Pacific hotel jetty disebelah utara.
b. Teluk Dalam Berjaya resort - just a quick view of the resort dan airport
c. Kilang satay ikan / sotong kering Hai seng hin - kilang ni mengamalkan Good Manufacturing Practice, dan product nya memang bermutu. Beli banyak boleh bawa balik beri keluarga di kampung. (jangan beli macam ni)
d. Kota Belanda di sebelah selatan pulau. ada sedikit sejarah tentang orang belanda yang datang mengaut hasil bumi dari Pangkor.
e. Batu bersurat - catatan peninggalan orang belanda yang kalah diserang bertalu2 oleh rakyat Perak.

3. dan yang paling menarik sekali ialah Island Hoping di Pulau Mentanggor dan Pulau Giam(coral island) 10 tahun dulu aku snorkeling disini, masih banyak lagi coral, tapi sekarang dah ada kesan kemusnahan dan sampah sarap kelihatan didasar nya. oleh kerana terlalu ramai orang datang bagi makan ikan, sampai ikan pun dah jemu dengan roti gardenia tu, kalau boleh ikan tu nak pilih menu lain pulak la... lepas tu boat service akan letak anda dipulau untuk mandi manda selama mana yang anda mahu. kawasan pangkor memang banyak ikan, dan sewaktu mandi manda tu boleh gak tengok ikan berenang2 di sisi anda.

4. Untuk makan malam kami sarankan anda mencuba ikan bakar paling sedap di pulau pangkor (Adam cakap...) Kedai Makan Mak Mah di pantai nipah. Memang sedap dan murah tapi belum boleh chalen Ikan bakar melaka.




3 comments:

Acik said...

percutian yg best! tqvm..
naik moto tu yg x bole lupa. kepala moto straight, tp tayar ke kanan, hahaha...

semalam kulit di lengan dh start mengelupas, xpe... pangkor punya penangan..

Unknown said...

Okestra katak yg susah nak dapat tu.

mak lang said...

Kalau lah katak x buat okestra pagi tu, dah sah2 anak2 aku x kenal bunyi katak.Ameer tanya " Bunyi kambing ke ibu?"