Pulau Langkawi
Dari Kuala Besut kami teruskan perjalanan ke Langkawi. perjalanan kali ini lebih jauh kerana melintasi banjaran Titiwangsa melalui lebuh raya timur barat. Jarak perjalanan lebih 400km. Hajat di hati nak bermalam di Kuala Perlis tetapi kami cuma mampu sampai ke Alor Setar. Ini lah kali pertama kami anak beranak di Alor Setar.
Besoknya kami pun bertolaklah ke Langkawi, dan kami bermalam diLangkawi selama 3 malam. Itupun rasa tak puas hati lagi, kerana banyak lagi tempat kami tk dapat pergi.
Tempat2 menarik di langkawi yang kami lawati:
1. Cable Car di gunung Mat Chinchang - tengok cuaca sebelum naik, kalau hujan atau mendung mungkin anda tak dapat melihat permandangan menarik.
2. Temurun waterfall - air terjun ni kecil je tapi air nye sejuk dan nyaman walaupun waktu tengahari yang panas.
3. Pantai Pasir Tengkorak - air nya jernih tapi awas banyak monyet yang sedia melarikan beg anda yang berisi makanan.
4. Kilim Geoforest Park - mulanya kami ingat tiada apa2 yang menarik tentang paya bakau ni tapi bila dah melaluinya, kami amat puas. Tempat menarik seperti fish feeding, eagle feeding, gua kelawar dan gua buaya. Tapi sewa botnya mahal RM250 untuk dua jam.
5. Makam Mahsuri - untuk mengetahui sejarah Pulau Langkawi secara mendalam dan lagenda Mahsuri.
No comments:
Post a Comment