Thursday, October 29, 2009

Cuti2 Malaysia Part 6 - Kenduri Cukur Jambul / Aqiqah











Minggu ke 3 percutian, kami adakan kenduri untuk menyatakan kesyukuran kami dan sempena menyambut 5 ahli baru dalam keluarga iaitu, amjad, fawaz, haziq, aizad dan wani. Lima orang baby ni kena la cukur jambul pada hari tu.

Alhamdulillah hampir semua ahli keluarga dapat bersama dalam satu majlis, dan itulah yang kami harapkan. Sepanjang tahun ini kami mendapat rezeki yang lebih sikit dan ini semua berkat doa keluarga, tanpa keluarga siapalah kami. Dan keluarga lah yang telah banyak membantu dikala susah dan masa akan datang mereka jugalah tempat bergantung dan mengadu. Terima Kasih semua, semoga kita kekalkan perhubungan erat kekeluargaan ini.

Masakan utama kali ini ialah briyani kambing korban (untuk Aina dan Aisya) dimasak oleh Pak Ngah Salleh. Antara jemputan kami ialah Anak2 yatim PAYASUM seramai 58 orang, juga tak lupa yang jauh dari kedah, Tandope and the gang (datang untuk Burung Hantu Nite Ride)

2 comments:

Unknown said...

Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas segalanya.Rezeki yg Pak Lang terima bukan kami sahaja yg merasa tapi rakyat Malaysia yg lain juga.
Menjana ekonomi negara.

mak lang said...

Tahun ni kami dapat 5 anak buah serentak. Itupun 2 lg lum brsalin. X sangka pulak. Tahniah buat 2 kak long,kak ngah,Lyn dan Fizah. Utk Yan dan kak Ila,jaga kandungan baik2.Smoga slamat melahirkan baby yg comel.