Showing posts with label Hidayah. Show all posts
Showing posts with label Hidayah. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Bacalah ...

Rasulullah S.A.W menerima wahyu yang pertama di gua hira' dengan Ayat Al 'Alaq yang bermaksud;

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Pesan; ... Marilah kita bersama2 membaca, giatkan diri, anak2, kawan2 dan jiran2 ...



Azam saya ...


Rasulullah tak suruh memanjat Jabal Nur untuk bersesak2 memasuki gua Hira ... beliau tak suruh solat diatas batu ... beliau tak suruh naik atas batu sambil membahayakan diri ... sesungguhnya tiada karamah di batu2, di dalam gua diwaktu malam atau siang ... hanya yang ada Allah memerhatikan kita walau di mana kita berada

Tuesday, April 12, 2011

Kalau bukan rezeki mu ...


Kalau itu bukan rezeki mu, walau apapun yang anda lakukan ianya tetap bukan rezeki mu ... usah lah terlalu yakin dengan apa yang anda lakukan, sebaliknya sebutlah "InsyaAllah" ...

Namun itu bukan lah alasan untuk tidak berusaha, kerana tanpa usaha rezeki tidak akan datang bergolek ... nasihat ini sebaliknya ialah ingatan untuk bertawakal dalam setiap usaha yang di lakukan ... semakin kuat usaha yang di lakukan semakin kuat ingatan dan tawakkal untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Usaha pula sepatutnya disertai dengan niat yang ikhlas ...

Cakap memang senang, tapi benarkah ianya benar2 senang? tidakkah kita perhatikan berapa ramai orang yang melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu selain Allah ... di tempat kerja, di tempat2 awam, di jalanan, berapa ramai yang ikhlas dan berapa ramai yang tidak? ...

Ya Allah jadikan lah kami insan yang beramal dengan ikhlas ...

Monday, March 7, 2011

Umrah Trip 2011



Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat, dan hati pun puas kerana hajat membawa ayahanda ke Mekah pun dah tercapai. Walaupun masa dirasakan begitu singkat, namun kami tetap bersyukur diberi peluang oleh Allah.

Walaupun ada diantara kami iaitu Keluarga En Zaidi, menghadapi masalah kerana keciciran passport namun saya percaya ujian Allah itu akan dapat di atasi dan akan selamat pulang ke Qatar semula. Syukur ramai sahabat yang membantu beliau. Samada sahabat di Saudi maupun sahabat di Qatar. Dalam kesulitan ada hikmah nya ...

Perjalanan dengan kereta mengambil masa 20 jam termasuk, pemeriksaan kastam, rehat dan mengisi perut dan tangki minyak. Kami bertolak jam 1230 malam dari Doha sampai di Tha'if jam 830 malam. Perjalanan lancar dengan berpandukan kepada peta, GPS dan signboard. Cuaca pun tak panas, kerana masih lagi musim sejuk.

Kalau diizinkan lagi kami akan mengunjung Kaabah setiap tahun InsyaAllah.

Saturday, February 12, 2011

To get a knowledge and truth, we have to had a good method


In Malay; kalau nak dapat ilmu dan kebenaran, kena lah ada kaedah yang betul ....

Bulan lepas ada sorang kristian, cakap dekat aku ... :"kita semua punya tuhan yang sama, tak kira you Islam, Kristian atau apa2 agama, kita semua percaya pada satu tuhan"

dan jawapan aku ialah... :"if we want to find a knowledge, we have to had a right method; and human being thinking have limit and sometimes wild" aku ulang 2x ... lepas tu cepat2 dia cari alasan terus angkat kaki .... mmmm, harap2 dia dapat sesuatu haritu ...

Aku dapat agak, niat dia baik untuk menyatukan orang Islam dan Kristian, tapi mungkin dia masih belum kenal Islam (atau mungkin membenci Islam) dan menganggap Kristian adalah agama yang betul ... wallahua'lam , hidayah dari Allah.

Ada lagi study case, ada sorang kawan baik (sebenarnya ramai lagi macam dia) ... dia pernah bermimpi dapat sesuatu barang dari mimpi nya, seolah2 ada makhlus halus datang dalam mimpi terus bagi dia barang dan dia ambil.... seterusnya dia simpan, dah bertahun2, walaupun tiada ketaksubannya pada barang tersebut, namun sebenarnya aku rasa barang itu telah menjadi ujian Allah kepada dia .... ingat ujian yang paling ringan (tanpa kita sedari) dari Allah ialah AQIDAH. aku tak nak membuat kesimpulan apa2 tentang dia sebab aku pun dok tengah pikir tak habis2 lagi ni ... belum muktamad, hehehe

Ingat mimpi boleh menjadi mainan syaitan ...

... dan dari surah Al Ankabut; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Ya ALLAH, Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Satu lagi study case; ramai antara kita suka mengambil maklumat dan cerita2 tanpa usul periksa secara mendalam, tanpa mengambil tahu asal usul cerita tersebut, tanpa memandang dari sudut yang lain dan lebih parah lagi kita sebarkan maklumat dan cerita tersebut ...

Salah satu contoh menyebarkan Hadith dhaif, seperti kelebihan berpuasa pada hari2 tertentu ... dahulu banyak sangat wa'imah dalam TV pun, memang baik untuk menarik perhatian orang tapi kalau hadis tu dhaif tak payah lagi baik ... dari pada menimbulkan persoalan yang tak sepatutnya ...

... satu lagi cerita2 ajaib Syeikh Abdul Qadir Jelani, memang beliau seorang yang alim, tetapi tahapnya tidaklah sampai keramat melebihi Nabi ... kalau cek kat Wikipedia memang banyak tokok tambah di buat oleh orang2 lain selepas tu ...

Jangan lah cepat sangat membuat andaian sebelum kita cek kebenaran dari mana cerita itu datang dari pelbagai sudut ... ingat minda kita terlalu senang untuk di pengaruhi ...

Cuba belajar bagaimana ilmu Hadis di pelajari oleh ulama2 besar, mereka adalah pemikir2 besar, dan cuba kaji methodology yang mereka pakai, ... saya yakin anda akan kagum sebagaimana saya mengagumi mereka ...

Wallahua'lam

Wednesday, January 5, 2011

We are what we think...


Inside our body there is one piece of flesh, if this flesh is clean and so all our body is clean. This flesh is called QALBU.

Man can find knowledge as much as he can but Hidayah is only gifted by Allah.

We can only do our best, but the final depends on HIM.

Ok lah, just to remind myself, this week we have lots of activities sports, recreations, exhibitions and many others. Certainly this winter season is fun time for everybody in Qatar.

One thing when we were so happy please avoid situation that so exciting that we may not survive ...