A story of a family “hijrah” and striving to be better for the sake of future…
Monday, March 7, 2011
Umrah Trip 2011
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat, dan hati pun puas kerana hajat membawa ayahanda ke Mekah pun dah tercapai. Walaupun masa dirasakan begitu singkat, namun kami tetap bersyukur diberi peluang oleh Allah.
Walaupun ada diantara kami iaitu Keluarga En Zaidi, menghadapi masalah kerana keciciran passport namun saya percaya ujian Allah itu akan dapat di atasi dan akan selamat pulang ke Qatar semula. Syukur ramai sahabat yang membantu beliau. Samada sahabat di Saudi maupun sahabat di Qatar. Dalam kesulitan ada hikmah nya ...
Perjalanan dengan kereta mengambil masa 20 jam termasuk, pemeriksaan kastam, rehat dan mengisi perut dan tangki minyak. Kami bertolak jam 1230 malam dari Doha sampai di Tha'if jam 830 malam. Perjalanan lancar dengan berpandukan kepada peta, GPS dan signboard. Cuaca pun tak panas, kerana masih lagi musim sejuk.
Kalau diizinkan lagi kami akan mengunjung Kaabah setiap tahun InsyaAllah.
Labels:
Hidayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment