Monday, July 16, 2012

Nikmat yang paling berharga ...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Lama sungguh saya tak update blog ni, nk kata busy sangat tu tak lah ... tapi macam dah kering idea pun ada jugak ...

Masa berlalu pantas, sekejap je umur dah meningkat ... manakan mungkin ku undur semula. Ada manis ada masam ada pahit dalam kehidupan ... itu pasti, setiap manusia pasti melaluinya. Syukur ku panjat kan kepada Ilahi dikala umurku menjejak 40, aku dah dapat bermacam2 anugerah Nya ... Alhamdulillah

Nikmat yang paling hebat ialah kesihatan, walaupun tenaga dah menurun sedikit tapi alhamdulillah, masih lagi kuat lah jugak ...

Nikmat yang lainnya yang paling besar ialah kebahagian ... Alhamdulillah keluarga, masyarakat dan kewangan yang cukup, menyumbang kepada kebahagian yang ku miliki ini. Allah sahaja lah yang mempunyai kuasa atas segala apa yang ku miliki, Dia boleh menariknya pada bila bila masa sahaja ... tidak mustahil.


Setakat ini aku bersyukur sangat sangat kerana aku di beri peluang untuk memperbaiki kehidupan setelah banyak sekali peluang yang di beri oleh Nya telah aku sia sia kan. Semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk aku terus mengikuti jalan ini...




No comments: