Friday, July 20, 2012

Hidup bermasyarakat ...

Alhamdulillah aku di kurniakan masyarakat yang begitu harmoni sekali, iaitu Malaysian Al Khor Komuniti. Kami tak lah ramai, lebih kurang 140 keluarga je . Alhamdulillah Allah telah merahmati komuniti kami ini. Sepanjang aku berada di Al Khor ni berbagai aktiviti telah kami adakan. Komuniti kami ni boleh lah dikatakan antara kumpulan yang paling aktif sepanjang tahun lepas berbanding masyarakat dari India, Filipina maupun Pakistan yang mempunyai lebih ramai ahli. Aktiviti seperti hari keluarga, program untuk remaja, pasar malam, program keugamaan dan juga aktiviti yang berlandaskan hobi seperti memancing dan kelab motosikal.

Tahun ni aku di lantik sekali lagi sebagai AJK komuniti. Pendirian aku tetap, bahawa setiap orang memainkan peranan dalam komuniti. Kita tak boleh kata bahawa komuniti kita tak bagus sebelum kita cuba untuk menyumbang. Kerana bulat air dek kerana pembentung, bulat manusia dek kerana muafakat. Aku respek dengan semua ahli komuniti aku kerana mereka hidup harmoni dan damai. Seperti sebuah keluarga yang besar.

Aktiviti yang banyak ini adalah antara faktor kepada perpaduan kami. Dengan adanya program program masyarakat, ahli nya dapat berjumpa dan bermesra serta menghilangkan cerita cerita belakang yang tak enak di dengar. Sedikit sebanyak perkara negatif tu biasa sangat kita dengar, tetapi jangan lah pulak kita jadi radio buruk, dah lah bunyi nya sumbang, sakit pulak telinga mendengar nya. Adalah lebih baik kita tutup dari mendengar nya. Perkara negatif usah di sebut sebut, kerana tiada faedahnya, adalah lebih baik kita sebut tentang perkara yang menggembirakan kita. Manusia terkadang suka sangat membicarakan tentang manusia lainnya. Elakkan lah kerana manusia bercakap tentang keadaan manusia kurang bijak bercakap tentang manusia lainnya. Ingat lah lidah itu lebih tajam dari pisau. Zaman sekarang ni bukan sahaja lidah berkata tetapi status di FB juga berkata kata.

Hasilnya kini komuniti Malaysian Al Khor sangat harmoni, hidup kami seperti sebuah keluarga yang besar, bila seorang sakit semua akan rasa sakit nya. Bila semua gembira, kita akan bahagia... apa lagi nikmat yang kami mahukan? Bukan senang nak dapat komuniti sebegini. Oleh itu hargai lah ia ...


No comments: