Tuesday, July 26, 2011

Persiapan Menyambut Ramadhan 1432Hijrah

Semalam, tanggal 26 July, kami berkumpul lagi, kali ini menu nya ialah sup tulang, sambal belacan tempoyak, mee soto, kerabu mangga dan kuih muih ... simple aje, tapi memang menyelerakan ...

Suasana di luar, dalam cuaca musim panas, humidity menghampiri takat tertinggi dan suhu takat 35 darjah, terasa macam sauna yang besar , namun para hadirin nampaknya sabar dan bersama mengerjakan solat berjemaah, bertazkirah dan menikmati makanan dengan berselera malam tu ...

Hajat kaum ibu untuk mengadakan majlis berjaya dilaksanakan, dan perasaan sabar sebelum memasuki ramadhan juga di uji dengan sempurna malam semalam ... yang penting ukhuwah berpanjangan dan semangat masyarakat melayu di teruskan di sini ... alhamdulillah ...




Sunday, June 26, 2011

Majlis Penutup KAFA Al Khor Malaysian 2010/2011

Hujung minggu sudah atau sepanjang minggu sudah, memang hari yang sangat sibuk untuk guru2 dan volunteer KAFA Al Khor kerana membuat persiapan persembahan anak2. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan kami memang berpuashati kerana ini adalah kali pertama KAFA Al Khor membuat persembahan di Majlis penutup dan penyampaian sijil.
Yang penting kami semua gembira dan anak2 dapat ingat apa yang di ajar oleh guru2 ...
Aku masih ingat lagi, masa aku di sekolah dahulu aku ada melakonkan sebuah drama dan akibatnya sampai sekarang aku masih ingat dan menghayati mesej yang terdapat dalam drama tersebut.
Aku tak tahulah pendapat orang lain tentang lakonan dan nyanyian tapi setakat persembahan macam ni, ianya lebih elok dari persembahan mereka di sekolah dan hiburan ini lebih baik dari pilihan hiburan lain yang terdapat di tv dan internet. ... wallahu'alam






Wednesday, June 1, 2011

A Photo a Day Project.

Seriously I want to improve my photography skill, that's why I had to shot as many as I could.
It's also good for memory reminder and for sharing with family and friends ...
So I'll start now ...


bunga dan kumbang

unggunapi

AlBiddaPark

Wednesday, April 27, 2011

Bacalah ...

Rasulullah S.A.W menerima wahyu yang pertama di gua hira' dengan Ayat Al 'Alaq yang bermaksud;

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Pesan; ... Marilah kita bersama2 membaca, giatkan diri, anak2, kawan2 dan jiran2 ...



Azam saya ...


Rasulullah tak suruh memanjat Jabal Nur untuk bersesak2 memasuki gua Hira ... beliau tak suruh solat diatas batu ... beliau tak suruh naik atas batu sambil membahayakan diri ... sesungguhnya tiada karamah di batu2, di dalam gua diwaktu malam atau siang ... hanya yang ada Allah memerhatikan kita walau di mana kita berada

Tuesday, April 12, 2011

Kalau bukan rezeki mu ...


Kalau itu bukan rezeki mu, walau apapun yang anda lakukan ianya tetap bukan rezeki mu ... usah lah terlalu yakin dengan apa yang anda lakukan, sebaliknya sebutlah "InsyaAllah" ...

Namun itu bukan lah alasan untuk tidak berusaha, kerana tanpa usaha rezeki tidak akan datang bergolek ... nasihat ini sebaliknya ialah ingatan untuk bertawakal dalam setiap usaha yang di lakukan ... semakin kuat usaha yang di lakukan semakin kuat ingatan dan tawakkal untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Usaha pula sepatutnya disertai dengan niat yang ikhlas ...

Cakap memang senang, tapi benarkah ianya benar2 senang? tidakkah kita perhatikan berapa ramai orang yang melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu selain Allah ... di tempat kerja, di tempat2 awam, di jalanan, berapa ramai yang ikhlas dan berapa ramai yang tidak? ...

Ya Allah jadikan lah kami insan yang beramal dengan ikhlas ...

Friday, April 1, 2011

Ayah, Aku, Kehidupan ...


Sudah tiba lah masanya Ayah pulang ke kampung setelah lebih sebulan bersama kami. Berumrah bersama kami, menikmati kehidupan di Qatar bersama kami, ronda2 di Doha bersama kami, makan bersama kami, solat berjemaah bersama kami ... kami pasti akan mengingati saat itu lagi.

Ayah tak banyak cakap tapi aku tahu dia sentiasa berfikir dan fikiran beliau selalu melangkaui kotak pemikiran kebanyakan orang yang sibuk dengan keduniaan. Aku tahu.

Ayah lebih banyak memerhati sahaja gelagat di sekeliling beliau, cucu2 beliau dan anak2 yang datang mengaji dirumah, aku pasti beliau terhibur ... tetapi seringkali aku berasa curiga bila beliau memerhatikan aku, dan aku bersedia bila beliau ingin berbincang mengenai sesuatu ... aku tahu sesuatu bermain di fikiran beliau tanpa perlu beliau berkata2 ...

Sedikit sebanyak perangai beliau tertumpah keatas aku, "tak banyak cakap" ... Alhamdulillah ... berfikir dahulu sebelum bercakap lebih baik ...

Kini usia beliau menganjak ke 69 tahun, badan pun dah mula sakit2, aku berdoa agar sakit beliau di kurang kan tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik ... aku berterima kasih pada batang tubuh itu kerana batang tubuh itulah yang mencari rezeki membesarkan aku, menyekolah kan aku, menjadikan aku seperti sekarang ini ... Terima Kasih Ayah kerana menjadikan aku sebegini ...

Kini Ayah dah kembali ke Kampung, aku pasti rindu kan beliau lagi ...