Wednesday, July 29, 2009

Rezeki dan Diet

Semenjak aku datang sini badan aku dah naik, paling kurang 2 kilo... En. Mamat kata dia naik 7kilo! ... mana tak nya... makan aje, makanan sedap pulak tu.













Kitorang beruntung sebab banyak bekalan makan dari Malaysia bawak sini pakai kontena, sos, kicap, beras, rempah sup, rempah kari, susu lemak manis dan lain2. Isteri duduk rumah aje, so dia pun masak aje la, pastu bertukar2 pinggan dengan jiran2. Dapat le merasa macam2 kuih dan masakan.

Apa pun aku akan berusaha berdiet bila Ramadhan tiba... hehehe

Wednesday, July 15, 2009

Dinner - Western Style

Ayang puase haritu, so kitorang gi buka kat Al Nakheel Club. Mula2 Noreen yang ajak, so aku pun ok je ..... So yang pergi, Rambo & family, Mahadi & family dan kami sefamily,.... makan sedap dan tempat romantik, harga pun berpatutan... kitorang makan pizza, lasagna, roast lamb rack, chicken caccitore, spagetti.... baru QR85.... bestnya. Lepas tu jalan2 kat corniche...

Gambar makanan tak sempat nak ambik sebab masing2 dah tak sabau dan lapau .....




Jalan2 dgn Family 2

Musim panas ni tempat yang paling sesuai untuk berjalan2 ialah .... semestinya shopping mall. Seperti biasa yang paling seronok ialah orang pompuan, yang paling tak seronok ialah Ayahnya sebab asyik bocor je pocket. Kali ni pergi Landmark Shopping Mall, kat sini lah adik dapat beskal baru...
















beskal baru adik... iyyey ...adik cakap.

Seronoknya Main Bowling

Kerja di Doha ni taklah seseronok kerja di Malaysia. Almaklumlah kerja ditempat orang, dengan pelbagai bangsa, mutinationalities, different cultures and mentalities. Ianya banyak bergantung kepada individu untuk menyesuaikan diri. Bagi aku, tak de masalah sangat tapi letih lah jugak, sebagai orang baru ni kena le ikut telunjuk je.

So, selepas je 4 hari kerja, aku akan meluangkan masa bersama family, ada le aktiviti kami. Minggu lepas kami anak beranak pergi main bowling. Seronoknya mereka. Aku pun dapatlah belajar sikit-sikit. Terpilih pulak tu mewakili Al-Haya. Ummm, hantam saja lah Labu....

tengok pada bola tu je dah tau dah mana pergi nya....

Anak2 pun sibuk nak main...



sedang memberi tunjuk ajar kepada pengganti Shalin Zulkifli




Ayang, sakit pinggang pun nak main jugak....

Monday, June 29, 2009

6 purnama berlalu...




















Ducati Power for QR 60,000





Kali ini di masukkan gambar2 yang tak pernah di publish, kerana sayang untuk dibuang, lebih baik berada disini seketika.


murah harga pokok di sini.

































telah kutinggalkan kampung halaman,
demi mencari suatu pengalaman,
mencari kelainan dalam kehidupan,

umpama melukis diatas kanvas,
coretan indah sebuah kisah,

sebelum ajal datang menjelma...

5 ribu km jaraknya,
bersama keluarga yg tercinta,
mengharungi hidup di perantauan,
demi erti sebuah penghidupan,

meninggalkan kesenangan hidup di kampung halaman.
namun untuk apa?
sesuatu yang tidak mudah untuk dihuraikan,

kerana jiwa ku telah sebati dengan mencari pengalaman...
(buek apo kau bawak adik kau tu Bang?... nak cari pengalaman... :-)

Wednesday, June 17, 2009

Ahlan WaSahlan Mat Ariff













Member dari PPM, Mat Ariff Taufek melapor diri di QatarGas pada 16 Jun 2009. Orang lama PPM, expert on loading arm dan panel untuk storage and distribution di PPM. Pengalaman 16 tahun lebih di Melaka.

Mabruk dan Ahlan WaSahlan Ariff.

Monday, June 15, 2009

Musim Panas (amat panas)

June datang lagi dan kali ini aku dapat merasa musim panas di desert. Suhu sekarang sekitar 42 dajah cecius. Kulit anakku yang halus membakar seperti udang kena bakar. Merah pipinya macam puteri ayu. Kekadang merengek kerana mengadu tak selesa. Tapi aku diam kan aje kerana kita kat negara gurun padang pasir bukan kat kampung. Kepada isteri ku katakan bahawa kita kena le belajar menyesuaikan diri di sini. Kita tak boleh terlalu manjakan diri dengan kesenangan. Isteri pula mengenang kembali saat beliau ber umrah, dalam suasana panas terik, tetapi segala nya dapat di lalui dengan membawa kenangan yang tak mudah dilupakan.

Perbualan kami berlanjutan kepada umat Islam mengerjakan haji di musim panas. Tahun ini bulan 11 tapi tahun demi tahun yang akan mendatang, musim haji akan tiba pada musim panas dan saat itulah cabaran yang sangat getir kepada jemaah haji. Aku terbayangkan pusingan kehidupan, begitu juga lah kita di rencanakan Allah melalui kehidupan dunia ini.

Hari ini juga isteri menerima berita kematian nenek beliau. Tentu beliau sedih mengenangkan masa dulu2, tapi begitu lah pusingan hidup, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita pun tak tahu bagaimana kita nanti.