June datang lagi dan kali ini aku dapat merasa musim panas di desert. Suhu sekarang sekitar 42 dajah cecius. Kulit anakku yang halus membakar seperti udang kena bakar. Merah pipinya macam puteri ayu. Kekadang merengek kerana mengadu tak selesa. Tapi aku diam kan aje kerana kita kat negara gurun padang pasir bukan kat kampung. Kepada isteri ku katakan bahawa kita kena le belajar menyesuaikan diri di sini. Kita tak boleh terlalu manjakan diri dengan kesenangan. Isteri pula mengenang kembali saat beliau ber umrah, dalam suasana panas terik, tetapi segala nya dapat di lalui dengan membawa kenangan yang tak mudah dilupakan.
Perbualan kami berlanjutan kepada umat Islam mengerjakan haji di musim panas. Tahun ini bulan 11 tapi tahun demi tahun yang akan mendatang, musim haji akan tiba pada musim panas dan saat itulah cabaran yang sangat getir kepada jemaah haji. Aku terbayangkan pusingan kehidupan, begitu juga lah kita di rencanakan Allah melalui kehidupan dunia ini.
Hari ini juga isteri menerima berita kematian nenek beliau. Tentu beliau sedih mengenangkan masa dulu2, tapi begitu lah pusingan hidup, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita pun tak tahu bagaimana kita nanti.
1 comment:
Bukan saja di Qatar tapi kami di Malaysia ni pun terasa panas yg mencucuk ditambah lg dengan jerebu. Fenomena El Nino ni dijangka berlarutan sehingga September.
Sekarang ni nak keluar pun kena pergi tempat yg ada air-cond. Tido malam pun kena bukak dua2 kipas dan air cond. Semoga kita semua tabah di atas ujian Allah ini.
Al-Fatihah buat nenek Syam..
Post a Comment