Sudah dua purnama berlalu, Ramadhan yang lalu kami masih di Qatar dan aku menumpukan sepenuhnya usaha mendapat ibadah yang terbaik. Kini ia berlalu namun sedikit coretan untuk aku meninggalkan kenangan untuk hari tua.
Ramadhan di Al Khor Komuniti sungguh selesa dan mudah. Kami dapat menumpukan kepada ibadah dengan suasana kampong yang tidak sibuk. Hanya kerja dan keluarga, balik dari kerja terus bersama keluarga dan aktiviti sampingan bergantung kepada minat individu. Kalau di Malaysia rasanya banyak dugaan dan cubaan yang cuba mempengaruhi dan menyibukkan seperti bazar Ramadhan dan Juadah yang pelbagai, itu belum lagi termasuk kesibukan kehidupan di kota. Tetapi sebaliknya di Al Khor rasa tenang dan mungkin membosankan kalau tak biasa dengan suasana kekosongan ini.
Alhamdulillah komuniti kami rapat antara satu sama lain dan setiap jiran begitu mengambil berat tentang hal kawan2 ditambahkan lagi dengan adanya facebook, jadi kami dapat maklumat tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Itulah kebaikan facebook yang tidak kita dapati 5 tahun dahulu.
Semasa bulan Ramadhan, office hour di Qatar hanya 4 jam dari pukul 7 pagi hingga 1 tghari. Banyak masa terluang dan banyak juga overtime, memang sengaja diberi oleh Syarikat seumpama bonus kepada para pekerja. Alhamdulillah bagi aku bekerja syif, banyak OT, boleh lah buat menampung perbelanjaan balik kampong nanti.
Suasana bertukar juadah di komuniti kami terutama di Blok 206, 207 dan 208 sungguh meriah. Satu hari kadang2 sampai 5 – 6 juadah datang. Kejap2 ting-tong door bell berbunyi. Dapat juga merasa juadah yang isteri tak buat. Tk perlu ke bazar ramadhan untuk mendapat kan juadah yang pelbagai.
Bazar Ramadhan hanya dua kali sahaja dianjurkan oleh Malaysian Association of Qatar di Hyat Plaza. Aku dan Isteri (owner Syam’s Kitchen) mengambil kesempatan berniaga seperti biasa dengan menu kami Kebab, Murtabak dan kuih muih. Sambutan sungguh luar biasa, pada minggu pertama jualan kami habis dalam masa 2 jam sahaja. Hampir kesemua jualan peniaga yang terlibat habis. InsyaAllah tahun depan boleh berniaga lagi.
Tahun ini anak2 (Ameer dan Aina) sudah kami hantar pulang ke Malaysia seawal cuti persekolahan pada 1 julai yang lepas. Tujuan nya supaya mereka belajar berdikari dan hidup jauh dengan ibu ayah serta kenal dengan suasana Malaysia tercinta. Kami hantar tuisyen dan dapatlah mereka bergaul dengan rakan sebaya yang berlainan sekolah. Tapi yang negatifnya, mereka dah liat nak bersolat dan menjaga kebersihan diri. Jadi kena lah di tekan balik rutin harian mereka. Mereka nampak lebih ceria selepas pulang bercuti dan bersemangat untuk bersekolah, maklumlah dah lama sangat cuti, hampir tiga bulan. Pulang dari cuti, kawan2 dulu yang di cari, dah rindu lah tu.
Apa pun ceritanya, kami bersyukur kerana merasa rahmat kebahagiaan ini. Alhamdulillah. Harapan kami semua orang gembira seperti kami dan ingatlah Allah yang sentiasa memberi nikmat kepada hambanya yang soleh ...
No comments:
Post a Comment