Sunday, December 26, 2010

... jangan "Menang Sorak Kampung Tergadai" ...


Malaysia menang sorak pada hari ini apabila menewaskan Indonesia dalam Final (first leg) Piala Suzuki 2010. Malaysia mendahului 3-0 untuk pusingan pertama yang telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, dan kelebihan 3 gol akan dibawa pula ke Indonesia pada pusingan kedua pada 29hb nanti. Bola bulat, macam2 boleh terjadi.

Adat yang menang bersorak yang kalah murung, tetapi adakah itu kesudahan nya. Tidak, itu hanyalah sementara, kesudahannya tiada! Yang menang dan kalah akan silih berganti, namun jangan lah kerana ini manusia bemusuhan malahan bergaduh dan mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa ...

Malaysia dan Indonesia di Qatar kini sudah ramai, tetapi masih belum bersatu (secara umumnya) walaupun serumpun. Mungkin pengaruh nasionalis masih menebal walaupun sepatutnya kita dahulukan pengaruh tauhid ... sesama Islam sesama budaya sesama bahasa ... BOLEHKAH??? jika boleh pasti lebih utuh lagi persatuan ini ...

No comments: