Asas kepada penyatuan sebuah masyarakat ialah dengan memelihara "kemaluan" jiran2 yang lain. Kemaluan bermaksud sebarang cerita2 yang tidak baik berkenaan seseorang, jangan ditimbulkan dalam percakapan seharian, samada dengan maksud bergurau atau cakap2 kosong... terutama kaum Hawa. Jika anda beristeri, nasihatilah isteri anda dalam perkara berbual dengan rakan2.
Orang yang kurang bijak akan bercakap mengenai orang lain, orang bijak bercakap mengenai keadaan, orang berilmu bercakap mengenai falsafah ...
Alhamdulillah, kampung melayu Al Khor terdiri dengan asas penyatuan orang2 Melayu 90%, selebihnya kaum2 lain, sepertimana kaum di Malaysia. Setakat hari ini, keharmonian nya terjalin rapi dengan ikatan persaudaraan yang erat. Sedikit negatif di sana sini tu biasa lah, tapi jangan di ungkit perkara negatif tu, diam kan aje, insyallah lama2 hilang .....
Ingat lah satu perkara, manusia tidak sempurna, ada kelemahan dan kelebihan masing2 ... jika kita boleh belajar memaafkan kelemahan dan kita gunakan kelebihan masing2 .... insyaAllah kita akan menjadi masyarakat yang kuat, walau dimana juga kita berada ...
No comments:
Post a Comment