Malam semalam kami berkumpul, walaupun tak semua dapat hadir tapi dapat lah jua kami membincang kan mengenai halatuju ikatan kami selama hampir setahun ini. Suasana malam tadi tidaklah seceria kami sebelum ini, gelak ketawa riuh rendah keriangan kami selama ini pun nampaknya tak seceria sebelumnya. Mungkin juga kerana cuaca sejuk diluar membawa ke dalam.
Setelah berbincang selama hampir sejam, segala pilihan yang kami ada di bincangkan, walaupun berat hati hendak membubarkanya, namun itu adalah pilihan terbaik yang kami ada. Persatuan Malaysian Al Haya, telah pun melalui saat-saat manis dan gemilang, dengannya kami bersatu, bekerjasama, bermasyarakat, berjiran demi sebuah ikatan persahabatan, atau boleh juga dikatakan ikatan kekeluargaan. Sehingga disaat akhirnya, ahli kami telah mencecah seramai 30 keluarga. Kalau dibandingkan dengan mana-mana compound di Qatar ini, Al Haya mempunyai ahli yang paling ramai setakat ini. Sehingga kalau disebut Al Haya pasti semua Malaysian di Qatar akan tahu tempatnya.
Namun oleh kerana sebahagian dari kami terpaksa berpindah ke Al Khor Community (AKC), ikatan kekeluargaan ini terpaksa dibubarkan. Bukan masalah jarak yang menjadi penghalang utama kami, namun faktor yang lain iaitu kami akan bermasyarakat pula dengan gagasan penduduk Malaysia yang lain seperti Al Mergab, La Palace dan penghuni yang telah lama disana, terdiri dari staff RasGas dan QatarGas.
Dengan berhijrahnya kami dari Doha ke Al Khor, akan menjadikan penduduk AKC akan bertambah dan yang pastinya kehadiran kami akan lebih menyerlah/menonjol dengan ketara dan tentunya kami akan mewujudkan sebuah persatuan demi menjaga kepentingan dan kebajikan sesama ahli di AKC.
Sebuah jawatankuasa telah pun dibentuk, dan aku percaya terdapat perancangan yang akan dilaksanakan diwaktu yang terdekat ini seperti mengadakan kelas KAFA untuk anak-anak. Nampaknya ini suatu yang amat positif dan aku merasakan seperti suatu permulaan yang baru pula bagi kami di Qatar ini, InsyaAllah berkat rahmat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, Malaysian di Qatar akan bertambah makmur dan maju seperti majunya bumi Qatar yang di berkati Allah ini ... Ameeen
No comments:
Post a Comment