Monday, November 16, 2009

Musim Haji 1430H dan Komuniti Al Haya


Musim Haji datang lagi, kali ni kami berada hampir dah dengan tanah suci, tapi belum ada peluang nak kesana. InsyaAllah target tahun depan akan sampai Mekah. Rakan2 Qatar ramai juga yg akan mengerjakan haji, En. Tarsono, En Haris, En Faizal dan En Hussin agaknya tengah sibuk beribadah di tanah suci, di doakan mereka dan jemaah yang lain mendapat haji yang mabrur.

Hujung minggu ni bermulanya cuti Eid Adha, cuti panjang bagi yang kerja Office Hour, dah tentu berbagai aktiviti akan dipenuhkan. Geng2 Al Haya pun tak ketinggalan dengan perancangan tersendiri. Hasil perbincangan meeting malam Sabtu lepas, kami merancang mengadakan camping (favourite musim sejuk) di Sealine, rumah terbuka Eid, Bowling dan Futsal. Bertambah meriahlah komuniti kami. Ahli2 baru pun dah bertambah, setakat sekarang ada 28 keluarga. Harapan saya semoga ikatan persatuan ini tetap teguh dan mesra. InsyaAllah.



No comments: