Anak2 pun selamba je. Lepas 2 minggu diorang siap boleh pergi sekolah lagi, selepas 2 bulan bercuti. Hari pertama diorang semua seronok, naik bas tak tidur pun, walaupun malam tadi diorang bangun awal untuk bangun sahur.
Di tempat kerja pun terasa kemesraan antara kaum/bangsa bertambah rapat bila berbuka dan bertarawih bersama2.
Pada tahun ni kami berniaga di Bazaar Ramadhan MAQ setiap Jumaat. Komuniti Al Haya rasanya paling meriah kerana kepelbagaian menu dan ramai "towkey", Pn Nojie dengan frozen food, nasi paprik, kuih rayanya. Pn Noreen dgn nasi kerabu dan kuih muih nya. Pn Ida dgn kuih gulung, kuih ondeh2nya. Pn Syam dgn kebab, sate, sotonya dan Pn Aisyah dgn Air soya nya, tk lupa juga Pn Aya dgn karipap dan tapainya. Menu nya memang banyak, malahan pada minggu pertama tu Aisyah siap jual kicap lagi. Masing2 tersenyum puas hati bila barang2 kebanyakan nya habis di jual. Tapi yang lebih pentingnya kami dapat mengeratkan silaturahim sesama umat. Sebelum berniaga pun telah saya suarakan pada Ayang bahawa keuntungan tk penting, yg penting dapat beramal dgn menyediakan masakan Malaysia di bumi Qatar yg 5 ribu km jauhnya dari Malaysia. Dapat juga mengubat rindu orang2 "bujang" di Qatar ni yg berkorban meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.
Bazar Ramadhan ni pun salah satu acara mengumpulkan rakyat Malaysia, bermesra dan berkenal2an. Tahniah atas usaha Malaysian Association of Qatar.
Bulan Ramadhan ini juga saya dan isteri meraikan ulangtahun ke 12 perkahwinan. Kami keluar makan di Hotel Holiday Villa milik rakyat Malaysia. Harga makanan tak usah cerita lah, inilah harga yang paling mahal seumur hidup kami. Sekali setahun, tak pa lah untuk menyambut ulangtahun, lagipun isteri yang belanja kerana dapat duit berniaga di Bazar Ramadhan.
2 comments:
Walaupun penat masing2 kene senyum, mklumla meniagaa.... Jualan kat atas meja dh tggl sikit, berbaloi la penat lelah nak menyiapkannya. Terima Kasih kpd yg mmbeli.'Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin.'
Minggu2 awal tu x terasa letihnya, tp bila dah nak masuk minggu last tu...bukab main liat lagi. Terasa bukan main letihnya. Tp alhamdulillah, segalanya berjaya diatasi. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan sentiasa kukuh. Apa2pun SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
p/s: program raya al-haya m/mana...? Diam je ni..
Post a Comment