Wednesday, August 5, 2009

Museum of Islamic Art

Museum of Islamic Art, Doha - 5th August 2009




Setelah mendapat maklumat dari kawan2, kitorang pun merancang melawat museum ni. Masuk percuma dan yang bestnya boleh amik gambar. Museum ni baru buka awal tahun ni dan inilah kali pertama aku masuk. Best sebab tempat dia luas, kakitangan peramah, kemudahan mencukupi dan selesa. Orang pun tak ramai dan bahan pameran pun menarik untuk pecinta sejarah macam aku... harap2 anak2 pun dapat turut merasa seronok melihat tamadun orang2 dulu2.

Dari jauh kelihatan museum ni seperti berada atas air, kerana ia di bina di tanjung dan di hujung sebuah teluk. Museum ni 4 tingkat dan amat luas untuk menempatkan barang2 yang berharga tu. Rekabentuk bangunan unik sekali, seperti satu lukisan simetri yang rumit. Ianya melambangkan tamadun islam yang terkenal dengan ketinggian ilmu.

Dahulu Islam lah yang mendahului dari segi sains dan teknologi selama 800 tahun atau lebih, kemudian musnah diserang Empayar Monggol. Rujuk disini.

Aku percaya masih banyak lagi bahan pameran yang boleh diletakkan, dan mungkin ditahun yang lain aku akan menziarahinya lagi.

3 comments:

mak lang said...
This comment has been removed by the author.
mak lang said...

Betapa siksanya panglima perang yg mmbawa baju besi tu... kesian kuda dia. Bersyukur dgn apa yg kita ada skarang. Alhamdulilah.

Acik said...

wahhhh, santek, santek..

masalahnya sham, siksanya kita tgk org2 sekarang yg nak pakai tak sampai sekilo bajunya pun susah. terdedah ini, terdedah sana..