Selepas Cherating kami terus ke Kota Bharu. Kami sampai di hotel malam selepas amik akak nurul di poli, terima kasih kepada Garmin GPS kerana menunjukkan jalan. Di kota bahru kami jalan2 di sekitar bandar dan KB Mall, pastu gi wakaf che yeh dan beli tiket akak nurul untuk nak balik minggu lagi satu(dia nak gi pangkor jugak)
Di Kota Bharu kami stay 2 malam sebelum ke perhentian pulak. Hajat nak bermalam di Perhentian tak dapat dilaksanakan kerana waktu kami sampai tu hujan lebat. Jadi kami bermalam je di kuala besut. Elok juga kami tak bermalam di pulau kerana makan mahal di sana. Sarapan je kami anak beranak rm60. Roti Canai segera sekeping rm2.
A story of a family “hijrah” and striving to be better for the sake of future…
Monday, October 26, 2009
Cuti2 Malaysia Part 1 - Cherating
First destination of our Semenanjung Tour, we stayed at Tanjung Inn. We take 2 family rooms, it cost RM 130 per room. The chalet was a little bit old but still good to stay. I chose this chalet because of the environment is beautiful with lawn grass area and 2 big fish pond.
Masa tu tak ramai guest, cuma kami se family dan 2 couple lain, memang terasa sunyi dan spooky la... Malam tu kami makan di Bandar Chukai. Lama dah tak tengok Kemaman. Dulu2 amik lesen lori kt sana (1993).

Monday, October 5, 2009
Cuti2 Malaysia
Hari ni adalah minggu pertama kami bercuti, so semua nya dah plan awal2 untuk buat aktiviti apa. Pertama sekali ialah berjumpa ibu bapa dan minta maaf, kemudian melawat sanak saudara di kampung, kerana suasana raya masih ada. Dah selesai semua tu baru lah boleh jalan2 atau cuti2 Malaysia. Dah jadi perantau ni kenalah gunakan masa bercuti ni untuk berehat sepenuhnya kerana selepas ni dah tentu balik Qatar dan kerja, tiada banyak perkara yg boleh dilakukan diQatar.
Minggu depan nk ke pantai timur dan seterusnya Kelantan. So doa kami agar perjalanan kami selamat dan gembira. InsyaAllah.
Minggu depan nk ke pantai timur dan seterusnya Kelantan. So doa kami agar perjalanan kami selamat dan gembira. InsyaAllah.
Wednesday, September 23, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Eid Mubarak 1430H
20th September 2009 @ first syawal 1430 hijrah
1. This is first time for me and wife away from parents.
2. Today is Ayang birthday. Happy Birthday sweetheart.
3. First time beraya di Doha, Qatar.
Suasana beraya di Qatar tak lah semeriah suasana raya di Malaysia, namun dengan bertambahnya bilangan warga Malaysia, suasana tentunya akan bertambah meriah dengan adat kunjung mengunjung sesama rakan taulan.
Masakan wajib di pagi raya juga tak ketinggalan, dengan ketupat nasi himpit, rendang dan lemang oven, menyerikan suasana.
Pagi raya seperti biasa solat sunat eid di embassy. Suasana macam kat Malaysia bila semua berbaju melayu dan kurung beraneka warna. Selepas solat semua bersalaman mengucap salam sesama rakan2.
Di sekitar Doha kelihatan orang ramai berkumpul di masjid dan juga di tanah lapang mengerjakan solat sunat eid. Begitu meriah. Sehinggakan aku tidak merasakan begitu terasing dengan keluarga di Malaysia.

Sunday, September 13, 2009
Ramadhan Al Mubarak
Ramadhan tahun ni terasa begitu pantas sekali, tup2 dah penghujung. Sebelum Ramadhan hati ragu2, was2, rasa cabaran mesti beratnya ni ... dah la musim panas, pastu siang panjang pulak tu, kena puasa 14 jam. Tapi bila dah lalui, terasa mudahnya.
Anak2 pun selamba je. Lepas 2 minggu diorang siap boleh pergi sekolah lagi, selepas 2 bulan bercuti. Hari pertama diorang semua seronok, naik bas tak tidur pun, walaupun malam tadi diorang bangun awal untuk bangun sahur.
Di tempat kerja pun terasa kemesraan antara kaum/bangsa bertambah rapat bila berbuka dan bertarawih bersama2.
Pada tahun ni kami berniaga di Bazaar Ramadhan MAQ setiap Jumaat. Komuniti Al Haya rasanya paling meriah kerana kepelbagaian menu dan ramai "towkey", Pn Nojie dengan frozen food, nasi paprik, kuih rayanya. Pn Noreen dgn nasi kerabu dan kuih muih nya. Pn Ida dgn kuih gulung, kuih ondeh2nya. Pn Syam dgn kebab, sate, sotonya dan Pn Aisyah dgn Air soya nya, tk lupa juga Pn Aya dgn karipap dan tapainya. Menu nya memang banyak, malahan pada minggu pertama tu Aisyah siap jual kicap lagi. Masing2 tersenyum puas hati bila barang2 kebanyakan nya habis di jual. Tapi yang lebih pentingnya kami dapat mengeratkan silaturahim sesama umat. Sebelum berniaga pun telah saya suarakan pada Ayang bahawa keuntungan tk penting, yg penting dapat beramal dgn menyediakan masakan Malaysia di bumi Qatar yg 5 ribu km jauhnya dari Malaysia. Dapat juga mengubat rindu orang2 "bujang" di Qatar ni yg berkorban meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.
Bazar Ramadhan ni pun salah satu acara mengumpulkan rakyat Malaysia, bermesra dan berkenal2an. Tahniah atas usaha Malaysian Association of Qatar.
Bulan Ramadhan ini juga saya dan isteri meraikan ulangtahun ke 12 perkahwinan. Kami keluar makan di Hotel Holiday Villa milik rakyat Malaysia. Harga makanan tak usah cerita lah, inilah harga yang paling mahal seumur hidup kami. Sekali setahun, tak pa lah untuk menyambut ulangtahun, lagipun isteri yang belanja kerana dapat duit berniaga di Bazar Ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)