Wednesday, November 30, 2011

Bulan Kesedihan, Bulan Kehilangan ...

Bulan ini aku di kejutkan dengan kehilangan Atok tersayang, Lakal bin Sain.

Arwah atok tak sakit yang berat tapi sebab beliau terjatuh dan retak tulang, lalu beliau di masukkan ke hospital.
Di hospital keadaan atok bertambah teruk dan terpaksa di beri alat bantuan pernafasan. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Semoga arwah atok tenang di alam sana.
Sedih aku kerana aku dan atok sangat rapat, kerana aku semasa kecil banyak menghabiskan masa di kampung. Masa hari raya eid fitri yang lepas adalah kali terakhir aku bersua atok, setelah beberapa kali menyapa atok... atok bercerita rancak tentang masa kecil atok ...  namun setelah nak habis cerita, baru atok perasan "dak hairi" ... masih ingat aku pada panggilan atok "hairi ... meh minam teh" ....

Terima Kasih Atok kerana memberi kasih sayang kepada aku... Ya Allah yang maha adil lagi maha bijaksana, sesungguhnya aku sayang atok, tempatkanlah beliau bersama dengan mukminin yang lain dalam jannah mu ... amiinn...

Seminggu sebelum tu, abang Mie (ipar aku) kehilangan ibu nya, Allahyarhamah Siti Salmah binti Hitam. Ramai yang bersedih, terutama anak cucu. Mak aku pun sedih sampai masuk hospital ...

Sebelum tu lagi semasa dalam perjalanan pulang dari Madinah, aku mendapat panggilan dari K'lot di beritahu tentang pemergian rakan rapat dan yang paling mesra iaitu Allahyarham Salihin Aziziudin. Allahyarham meninggalkan kami ketika usia beliau 41 tahun, seorang yang mesra dengan sesiapa yang mengenali beliau, peramah, funny dan humble dan honest.... sesiapa yang mengenali beliau pasti menyenangi beliau.

Ya Allah, tuhan yang menentukan segalanya, kami ini hamba yang lemah bermohon kepada mu Ya Allah, permudahkan lah urusan kami di dunia dan masukkanlah kami ke dalam syurga mu Ya Allah....

Sunday, November 27, 2011

Siri Bercakap Dengan Al Quran siri 1

Wahai orang2 yang beriman, bertaqwa lah kamu sebagai mana Nabi2 sebelum kamu telah mengajarkan kamu, kerana taqwa adalah sebaik2 pakaian bagi kamu. Sesungguhnya manusia itu sama di sisi Allah melainkan ketaqwaan yang membezakan darjat di sisi Allah Subhanahuata'ala.

Sesungguh nya telah sempurna agama yang di turunkan oleh Allah melalui Rasul nya Muhammad SAW. Maka berpegang teguh lah kamu kepada tali Allah iaitu Al Quran dan Sunnah.

Jika kamu mengaku, kamu Islam, maka di manakah panduan kamu? Dimanakah sumber petunjuk kamu? Adakah kamu menjalankan apa yang di sarankan. Selain solat 5 waktu, adakah kamu menjadikan Al Quran sebagai panduan, dan sentiasa menjadikanya rujukan? Berapa kali kah kamu khatam Al Quran dalam setahun? Dan jika kamu khatam, adakah kamu faham isi dan intipati di dalamnya?

Wahai orang2 beriman, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. Dia tidak akan duduk senang selagi kamu tidak meninggalkan suruhan Allah dan syaitan akan sentiasa berusaha menjauhkan diri kamu dari tali Allah.

Ingat lah, selagi kamu dapat mendekatkan diri dengan Al Quran dan sunnah, syaitan akan terus kecewa dan kecewa. Maka ayuh wahai saudara ku, bersama lah kita mendekatkan diri dengan Al Quran dan Sunnahnya ...

InsyaAllah, dan amat bertuah lah orang2 yang beriman kerana itulah nikmat kehidupan yang hakiki.

Tuesday, November 15, 2011

Haji 1432H (2011 Masehi)

Alhamdulillah tahun ni dapat saya dan isteri menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan Haji. Perjalanan Haji kami bermula dari Al Khor Community, Qatar menuju Mekah lebih kurang 1500km menaiki bas. Pada tahun ini Malaysia Association of Qatar menyeliakan seramai 105 jemaah menaiki 3 buah bas.

Perjalanan bermula pada 27 Oktober 2011 dan jumlah jam keseluruhan ialah 28 jam termasuk urusan imigresen dan berhenti rehat dan makan. Tempoh perjalanan yang panjang tk begitu dirasai kerana kebanyakan kami tidur dalam keletihan setelah bersengkang mata dari awal pagi dan kemudian menunggu dan menunggu di border (lbh krg 9 jam) sehingga pukul 8 malam baru kami boleh mula memasuki Saudi dan meneruskan perjalanan.

Diringkaskan cerita, kami sampai di Miqat Qarnul Manazil sekitar waktu asar sudah hampir ke penghujung dan tanpa berlengah lagi kami mandi dan berihram. Keadaan sungguh selesa dan bersih, orang pun tak ramai ketika tu. Ada booth menjual SIM card (STC, Mobily dan Zain) tapi kami hanya beli top up kerana Hamlah telah beri SIM card percuma. Adalah lebih baik jika para Jemaah beli top up dgn jumlah yg banyak kerana nk call kampong senang nanti, tk perlu kena service charge dgn penjual haram. Di booth ni juga elok dapatkan payung dan beg kasut. Setelah selesai berihram kami terus ke penginapan, turunkan beg dan berehat dahulu sebelum mengerjakan umrah. Ada juga yang bersegera mengerjakan umrah, mungkin tak mau berpantang lama sangat. Kebanyakan kami melakukan umrah di waktu subuh. Alhamdulillah, senang sekali rasanya.

Pada awalnya haji tahun ini saya rasakan amat teratur dan senang sekali dan kadang2 terfikir juga jika proses pemantapan nurani akan kurang jika tiada masalah. Tapi tk perlu tunggu lama, masalah akan ada juga.

Pertamanya; makanan yang disediakan oleh Bahrul Mazi terletak di tingkat 11 hotel Citra Travel (bukan nama sebenar), lif hanya ada satu, jadi kalau nk cepat kena naik tangga (kebanyakannya naik tangga). Itu pun kami rasa tk da masalah, mungkin ada rahmat nya, jadi latihan untuk kami sebelum hari Tarwiyah. Keduanya; setelah dua hari berulang naik tangga, kami sepakat untuk bungkus sarapan dan dinner dan seseorang akan ambil di Bahrul Mazi. Masalahnya kami kena mendapatkan teksi. Hari pertama aku dan wife yg ambil sarapan, dan kami bayar 100 riyal untuk perjalanan sejauh 6km. Ok lah, tk da masalah, tapi kawan2 mengingatkan supaya aku masuk dulu jangan wife kerana nanti di bawa lari wife tu. Sudah ada kes katanya...

Ketiganya; dan yang paling besar dugaan yg kami hadapi ialah ketika terkandas dalam kesesakan untuk menaiki Mekah Metro dari Arafah ke Muzdalifah. Tahun ini adalah tahun pertama operasi sepenuhnya (tahun sebelumnya percubaan, hanya rakyat Saudi sahaja). Ramai juga yang nk pitam especialy wanita. Kami terkandas dalam kesesakan lebih kurang dua jam, dalam suasana hingar bingar, panas walaupun waktu sesudah maghrib, sudah tentu suasana kurang selesa dan kurang oksigen. Terlalu sesak sampai nk duduk pun tak boleh, yang di depan nk bergerak kiri kanan pun susah. Nasib baik saya dan isteri berada di belakang, dan boleh lah kami menghamparkan tikar duduk sementara menunggu.

Keempatnya; keadaan menjadi sesak sekali lagi di Muzdalifah. Kali ini masalahnya, pintu masuk ke padang Muzdalifah kecil dan hanya satu untuk membenarkan berjuta2 manusia melaluinya. Sekali lagi kami terpaksa ber himpit dan berasak. Aku hanya mampu beristighfar dan memohon doa supaya di permudahkan. Walaupun banyak dugaan kami terpaksa bersabar. Dari pemerhatian saya, didapati jemaah dari Malaysia, redho dengan setiap masalah yang dihadapi, mungkin mereka semua sedang menjaga tatatertib ketika beribadah iaitu tak tak boleh rafats, fusuq dan jidal. Tak boleh berkata kotor, berbuat fasiq dan berbantah2an.

Alhamdulillah, jemaah dari Malaysia amat berdisiplin, mudah di kawal, senang berbincang dan baik2 belaka semuanya. Pihak Hamlah (agent) pun senang berurusan dengan Jemaah Malaysia. Mereka malahan kelihatan gembira dan ingin terus bersahabat dengan kita. Khalid, Walid, Ibrahim dan beberapa orang lagi ... mereka seronok nampaknya dengan jemaah Malaysia. Ketua Jemaah iaitu En. Jamal pun telah menjalan kan tugasnya dengan cemerlang, Naib ketua je tak berapa menonjol ... Ketua Jemaah Wanita Puan Samsiah pun tk kurang hebatnya, cool aje ... pembantu2 lain, semuanya telah memainkan peranan masing2. Malahan setiap jemaah juga menyumbang sesuatu kepada kumpulan. Saya tidak hairan kerana saya tahu Jemaah Malaysia ni terdiri dari golongan professional yang menjawat jawatan tinggi di kompeni mereka. Ada doktor, ada doktor pakar, ada engineer, ada manager, ada officer, ada fireman dan ramai juga technician sahaja ...

Jemaah kami amat beruntung kerana ada 4 orang ustaz dalam kumpulan kami iaitu, Ust Amir, Ust Salman, Ust Maraguna dan Ust Nurman. Ustaz2 ini kecuali Ust Salman, adalah bilal2 yang bekerja di Masjid2 di Qatar. Ust Amir di Masjid Bin Omran, Ust Maraguna dan Ust Nurman di Wakrah. Ust Salman pula ialah debate coach yang berkhidmat di Qatar Foundation baru berusia 25 tahun, lepasan UIA, dan jagoh berpidato dalam bahasa Arab. Hampir setiap masa terluang ustaz2 akan berkongsi ilmu. Ceramah manasik berterusan diadakan, Ustaz Salman tak henti2 ditanyai oleh para jemaah, beliau pula tk jemu2 berkongsi ilmu dan cerita2 menarik terutama mengenai Hadis.

Tidak dilupakan kepada pencetus, pelopor program haji MAQ yang terdahulu dan juga Haji Wan Haris yang telah mengetuai dan mengendalikan program ini dari awal tahun, AJK2 yang terlibat, kepada penyumbang2 dana, kepada individu2 yang telibat secara langsung atau tidak langsung; InsyaAllah semua itu ada balasan dari Allah.






Tuesday, November 8, 2011

Farewell Mr Zack ...

Sorang lagi kawan aku leaving for good, Mr Zack. Sedih sorang sorang kawan blah ... Megat, Nasir, Saifulizam dan sekarang Zack.

Ye lah di sini bukan tempat kita, walau 3 keturunan kita di sini, kerajaan Qatar takkan terima kita sebagai warga negara, bukan aku nk sangat jadi warga negara sini ... Malaysia tu dah cukup baik dah bagi aku, satu hari nanti aku dan kami di sini pasti akan pulang kecuali Allah mengingin kan kita di semadi di sini ...